Wednesday, March 30, 2011

fOr guyS whO loVes 2 wear BOXER..

Ada kalangan kita lebih selesa memakai underwear mahupun boxer. Bagi kalangan yang suka memakai boxer di sini saya ingin beri penekanan serba sedikit tentang boxer dan juga keselesaan si pemakai.


Boxer Short seperti seluar pendek dan berpotongan longgar dengan corak tertentu.Fabrik yang digunakan adalah kapas, sutera atau campuran satin. Antara kelebihan memakai boxer short ini adalah lebih longgar dan selesa, sesuai dipakai ketika musim panas, mengurangkan rasa gatal di bahagian alat sulit, kurang berisiko mendapat penyakit kanser testikular berdasarkan kajian, mudah ditanggalkan dan juga boleh digunakan sebagai seluar dalam dan sebelum tidur.


Boxer Briefs adalah lebih ketat dan lebih ketat seperti seluar dalam briefs. Ia memberi keselesaan dan menutupi bahagian tengah antara pinggang dan keseluruhan pinggul. Fabrik yang digunakan lebih tebal dan mudah regang seperti kapas lembut, polister dan lain-lain.


Tip pemakaian Boxer

  1. Jangan memakai boxer longgar ketika bersukan, sebaliknya pakai boxer brief untuk lebih keselesaan dan bergerak.
  2. Untuk aktiviti bersukan, pilih boxer brief yang berfabrik kapas atau spandexyang mudah regang.
  3. Jangan jadikan seluar pendek sebagai boxer atau sebaliknya boxer dijadikan seluar pendek.
  4. Pilih warna seluar dalam sesuai dengan warna pakaian yang dipakai. Jangan memilih boxer berwarna terang ketika memakai seluar putih.
  5. Terdapat sesetengah lelaki memakai boxer bersama brief. mesti dielakkan kerana bahagian sulit memerlukan lebih pengudaraan.Ramai lelaki memakai boxer yang sama untuk tempoh beberapa hari. Elak sama sekali kerana peluh yang melekat pada boxer boleh menyebabkan jangkitan bakteria.
  6. Elak memakai boxer longgar dengan seluar ke pejabat atau slack kerana ia menampakkan bahagian tersebut tidak kemas.

ADAKAH ANDA PEMINAT BOXER BRIEF?

Boxer brief adalah salah satu aksesori lelaki yang amat diminati oleh lelaki masakini, Boxer brief adalah sebagai salah satu pilihan kepada lelaki yang kurang berminat memakai seluar dalam yang banyak terdapat di pasaran.

Boxer brief adalah lebih seksi berbanding seluar dalam biasa, wanita-wanita masa kini melihat lelaki yang memakai boxer brief lebih seksi dan bergaya membuatkan wanita tergoda dan terpesona tanpa disedari.

Boxer brief dapat membentuk punggung lelaki kelihatan menarik,ini kerana brief boxer mengikut bentuk punggung si pemakai.Mengikut kajian dari soal selidik ramai wanita lebih menyukai lelaki memakai boxer breif berbanding dengan seluar dalam biasa.ini kerana mereka melihat boxer brief sangat menarik dan seksi jika dipakai,boxer brief juga membuatkan naluri seksual wanita terangsang tanpa disedari,

Oleh itu boxer brief amat sesuai di pakai oleh suami-suami yang ingin mengoda isteri untuk hubungan intim. bagi yang teruna juga amat sesuai dipakai bila-bila masa kerana boxer brief memberi keselesaan berganda berbanding seluar dalam biasa.

Cuba kita lihat orang-orang di Amerika atau mana-mana negara di barat,mereka lebih memilih boxer brief berbanding seluar dalam jika ingin bersantai di pantai atau mana-mana tempat peranginan.ini kerana wanita di sana suka melihat bentuk badan lelaki dengan memakai boxer brief sahaja.

Kelebihan boxer brief

* Lebih seksi dari seluar dalam

* Dapat membentuk punggung lebih cantik

* senang dipakai bila-bila masa

* membuatkan wanita tergoda

* saiz yang fleksibel

* menjadikan lelaki lebih bergaya dan berketerampilan

* senang untuk mandi di kolam renang awam (tidak malu)

* harga yang berpatutan

* untuk memikat isteri



Tuesday, March 22, 2011

10 tips 4 kitty..

Anda membuat keputusan utk membela anak kucing. Kini anda telah bersiap sedia untuk memilikinya. Penjagaan anak kucing yang rapi dan betul adalah penting kerana ia akan mencerminkan bagaimana anak kucing ini akan menjadi dewasa kelak. Berikut adalah 10 cara untuk anak kucing anda membesar dengan penuh yakin, dan penuh kasih sayang sehingga umur menjadi kucing dewasa.

1. Pastikan anda dan keluarga anda bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Anda juga perlu menyediakan keperluan asas membela kucing seperti, permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar, dan tempat rehat atau tidur. Ini akan mencepatkan anda menyesuaikan kucing baru dengan suasana baru.

2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda. Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.

3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk, “grooming”, mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung), dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandi jika kucing dalam keadaan kotor. Jika anak kucing berasa selesa dengan semua aktiviti ini, akan menjadi mudah untuk anda melakukannya apabila anak kucing menjadi dewasa.

4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk, ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dan lain lain. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru, dan gembira.

5. Bermain dan bercakap dengan nya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. Seperti merosakkan perabot rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengan nya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.

6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.

7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contoh nya, mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat yang tinggi, mencakar langsir, dan lain lain. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan “Stop” atau “JANGAN” (jangan menjerit, guna nada suara yang rendah sahaja), dan alih kan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. Adalah mudah untuk mengajar anak kucing sewaktu mereka kecil berbanding mengajar kucing dewasa. Maka, anda perlu membuat undang-undang kepada anak kucing – yang boleh di buat, dan tidak boleh di buat, tempat yang boleh di masuki dan tempat yang di larang. Kucing adalah haiwan yang mudah memahami kehendak kita.

8. Jangan terlalu “memberi muka” kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing anak mengeluarkan bunyi “meow” yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika ada melayan kehendak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi “meow” yang berpanjangan anak menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka dari bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, di buli oleh kanak-kanak, atau haiwan haiwan seperti anjing. Jika ini sering berlaku, ia akan memberi impak negative apabila dewasa kelak.

10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakkan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terima lah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukan nya sesuatu yang mudah.

k.a.m.i


Monday, March 21, 2011

GADIS NEGERI SEMBILAN

Suasana di daerah pedalaman ini tenang dan tenteram. Alam di kelilingku di hiasi dengan pohon-pohon kayu yang segar menghijau. Tidak jauh dari rumah kediamanku kelihatan sawah yang luas terbentang di pagari oleh Banjaran Titiwangsa. Aku merasa bertuah dapat mencurahkan khidmat bakti di negeri Adat Perpatih ini. Keramahan penduduknya dan keindahan alam semula jadinya menjadikan aku merasa bahagia bertugas di sini.


Namun aku sedar, sejak aku menjejakkan kaki di sebuah perkampungan yang letaknya jauh di pedalaman ini, hati ibuku kerap dilanda perasaan bimbang. Dia bimbang jika anak kesayangannya terpikat dengan gadis Negeri Sembilan.


Kerana itulah, sejak aku menerima surat tawaran bertugas di kawasan pedalaman ini, ibuku melambakkan pesanan supaya aku berhati-hati jangan sampai terpikat dengan gadis negeri Adat Perpatih.


" Teruk sangatkah Gadis negeri sembilan itu,?" tanyaku sekadar memancing perbualan.
Ibuku yang sedang memasukkan pakaian ke dalam beg kelihatan termenung seketika sebelum menjawab pertanyaanku. " Mak dah dengar macam-macam cerita mengenai gadis Negeri Sembilan ni."
Menurut ibuku, sesiapa yang berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan kena ikut Adat Perpatih. Kena masuk suku, harta pusaka mesti diwarisi oleh orang perempuan. Jika bercerai, suami kena keluar dari rumah hanya dengan sehelai sepinggang. Dan apa yang paling menakutkan hati ibuku bila jiran kami Mak Joyah mengatakan gadis Negeri Sembilan pandai menggunakan ilmu pengasih untuk memikat jejaka yang berkenan di hatinya.


Kata Mak Joyah lagi, bila sudah berkahwin Gadis Negeri Sembilan pandai menggunakan ubat guna-guna untuk menundukkan hati suami. Akibatnya suami kena kontrol oleh isteri. Si suami lupa hendak balik ke rumah orang tuanya dan takut hendak menghulurkan duit gaji kepada orang tua atau adik beradiknya.


Sesungguhnya, itulah yang paling membimbangkan hati ibuku. Dia takut sungguh kalau aku berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan. Bagi ibu kalau boleh biarlah aku berkahwin dengan gadis pilihan hatinya. Gadis yang sudah dikenal hati budi dan jurai keturunannya. Kerana itu siang malam, pagi petang ibu berdoa semoga aku tidak berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan. Dan setiap kali aku balik ke rumah bila cuti ibu tidak lupa memberi nasihat kepada aku, anak kesayangannya.


Kata ibuku, pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. Mulut jangan celupar, berhati-hati memilih kawan, berwaspada bila makan minum di rumah orang dan paling penting, kata ibu berulangkali, jangan berkawan rapat dengan gadis Negeri Sembilan.


Selalunya bila diberi nasihat oleh ibu, aku hanya tersenyum sambil mengatakan Insyaallah. Memang begitu sikapku tidak banyak cakap bila berhadapan dengan ibu. Apatahlagi membantah kata-katanya. Tambahan pula aku tak mahu jadi anak derhaka kerana aku tahu anak derhaka tidak dapat mencium syurga. Sikap dan pengakuanku itu dapat meredakan perasaan ibu.

Tetapi berlainan pula dengan ayahku. Dia selalu membela aku.
" Anak kita tu bukannya budak-budak. Dia sudah dewasa dan ada pelajaran. Fikirannya sudah matang untuk merancang masa depannya. Lebih lagi dalam hal memilih pasangan hidupnya. Kita doakan sahaja semoga dia hidup bahagia dunia dan akhirat." Kata ayah sambil matanya terus menatap akhbar Jawi di tangannya..
" Saya takut Amri berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan," kata ibuku pula.
" Jodoh pertemuan Allah yang menentukan. Jika ditakdirkan Amri bertemu jodoh dengan gadis Negeri Sembilan, apa boleh buat. Kita terima sajalah!," ayah juga tak mahu mengalah. Aku faham benar sikap ayah. Dia suka berterus terang dan bersikap terbuka.


Tetapi ibuku masih berkeras. Ibu mengatakan dia tidak mahu aku berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan. " Saya pun tahu jodoh pertemuan Allah yang menentukan. Tetapi Allah beri peluang untuk kita berusaha. Dan saya akan berusaha supaya anak kita tidak beristerikan gadis Negeri Sembilan."


Hari demi hari yang berlalu terasa begitu cepat peredarannya. Di siang hari aku menghabiskan masa mencurahkan ilmu mendidik anak bangsa yang hauskan ilmu pengetahuan. Di malam hari aku ke masjid solat berjemaah atau menghadiri majlis ilmu untuk bekalan akhirat. Kini sudah genap satu tahun aku bertugas di Negeri Sembilan. Dan apa yang paling ditakuti oleh ibuku sudah menjadi kenyataan.

Kepulanganku pada pagi hari minggu itu membawa berita yang sungguh tidak menyenangkan hati ibu. Aku melahirkan hasrat di hati untuk menyunting gadis Negeri Sembilan.
" Saya berkenan pada dia, Mak. Kami dah sama-sama jatuh cinta," kataku berterus terang.
" Kalau dia dah suka, kita ikut sahaja. Baik kata dia, baiklah kata kita. Sebab yang nak kahwin, dia, bukannya kita," Seperti yang kuduga, ayah akan menyebelahi aku.
" Saya tak setuju dengan gadis pilihan anak kita itu," bentak ibuku.
" Mak tak setuju kerana dia gadis Negeri Sembilan?" tanyaku pula dengan nada suara yang lembut.
" Gadis Negeri Johor ni apa kurangnya. Gadis macam mana berkenan di hati kau?. Hendak yang kulitnya putih melepak, nak yang hitam si tampuk manggis, yang kurus atau yang gemuk semuanya ada. Serahkan saja kepada mak untuk mencarinya," kata ibuku.
" Kenapa kamu ni benci sangat dengan gadis Negeri Sembilan?. Bukankah mereka juga manusia seperti kita, bangsa Melayu dan beragama Islam..." kata ayah dengan nada suara yang masih ditahan-tahan.


Sebenarnya aku juga ingin menanyakan perkara yang sama. Tetapi ayah yang mendahuluinya. Lagipun masih ada perasaan hormatku terhadap ibu. Sesungguhnya aku ingin menjadi anak yang baik. Seingatku sejak kecil tidak pernah menyakiti hati ibu. Cuma kali ini sahaja mungkin sikapku telah menyakiti hatinya.


" Saya takut anak kita kena kontrol nanti. Sebab orang Negeri Sembilan berpegang kepada Adat Perpatih yang bertentangan dengan syariat islam," ibuku meluahkan kebimbangannya.

" Mana awak tahu Adat Perpatih bertentangan dengan syariat Islam?" tanya ayah pula.
" Memang betul, bang. Contohnya dalam pembahagian harta pusaka. Mereka tak ikut hukum faraid. Anak lelaki lansung tak dapat mewarisi harta pusaka sebab yang berhak menerimanya orang perempuan sahaja," jawab ibu sambil melahirkan rasa kesalnya.
" Sebenarnya, begini, Mak…." Aku cuba meredakan suasana. Paling aku bimbang jika terjadi pertengkaran antara ibu dengan ayah disebabkan aku. " Selama setahun sayang bertugas di Negeri Sembilan, saya dapat memahami adat istiadat mereka termasuk sistem adat perpatih."
" Betul ke Adat Perpatih tu bertentangan dengan hukum Islam?" tanya ayah pula.
" Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan juga seperti kita. Beragama Islam dan mengamalkan ajaran islam. Sembahyang mereka, puasa mereka dan pegangan agama mereka sama seperti kita."
" Bagaimana pulak dengan pembahagian harta pusaka?. Apakah mereka ikut hukum Islam?. Hukum agama kita?" tanya ibuku.
" Dalam sistem Adat Perpatih diutamakan hak kaum wanita. Tujuannya supaya nasib kaum wanita itu terpelihara dan terjamin masa depannya. Kerana itu kebanyakan wanita di negeri sembilan tidak ada yang teranianya kerana dilindungi oleh keluarga mereka."

" Aida anak Pak Cik Seman kau tu apa kurangnya. Dia bersopan santun dan berbudi bahasa. Orangnya pun cantik. Mak berkenan sangat dengan budak tu. Kalau Amri bersetuju mengambil dia menjadi isteri, biar mak yang menguruskan segalanya," Ibuku cuba mengalih tajuk perbualan.


" Ini soal masa depan saya, Mak. Berilah peluang kepada saya untuk memilih siapa ibu kepada anak-anak saya. Apa yang penting, bakal isteri saya tu orang yang saya cintai. Dan dia menyintai saya. Apa gunanya perkahwinan jika tidak ada rasa saling cinta mencintai antara satu sama lain." kataku berterus terang.


" Benar kata kau tu, Amri. Tetapi mak tidak kenal siapa gadis pilihan kau tu. Entah macam mana hati budinya. Siapa keluarga dan bagaimana keturunannya. Semuanya perlu kita selidiki kerana mak tidak mahu kau menyesal di kemudian hari nanti," ibu masih tidak berputus asa memujuk aku.


" Saya sudah lama berkawan dengan Hayati, Mak. Tambahan pula kami bekerja di tempat yang sama. Saya sudah tahu hati budinya dan saya sudah kenal rapat dengan keluarganya. Percayalah bahawa Hayati itu baik orangnya dan dia daripada keturunan yang baik pula," kataku cuba meyakinkan ibu.
" Masa bercinta ni semua nampak baik. Tetapi bila sudah berkahwin nanti barulah kau tahu keadaan yang sebenarnya. Mak tidak mahu kau menyesal nanti kerana berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan," balas ibu.
" Kenapa perkara itu yang mak nak persoalkan?. Bukankah mereka juga ada pegangan agama. Punya hati dan perasaan seperti kita. Apakah bezanya antara gadis Negeri Sembilan dengan gadis di negeri lain?" aku masih cuba meyakinkan ibu.


" Mereka dikongkong oleh Adat Perpatih. Mak sudah banyak mendengar cerita tentang keburukan mereka yang berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan!" ibu masih tidak mengubah fikirannya.
" Jangan dengar cerita orang, Mak," pujukku. " Saya sudah lama bergaul dengan masyarakat Negeri Sembilan. Mereka tidak seburuk seperti yang mak sangkakan. Percayalah cakap saya ni."
" Amri sudah besar. Biarlah dia buat pilihan sendiri. Baik katanya, baiklah kata kita. Dia bahagia, kita tumpang gembira," balas ayah.
" Nampaknya abang bersetuju dengan gadis pilihan anak kita tu?" tanya ibuku pula.
" Kita nak buat macam mana kalau orang yang punya diri sudah berkenan dengan budak tu. Amri yang nak berkahwin, bukannya kita. Lagipun anak kita tu sudah besar panjang. Sudah mampu mendirikan rumah tangga. Biarlah dia sendiri memilih calun isterinya. Baik kata Amri, baiklah kata saya. Orang nak mendirikan masjid, berdosa kalau kita menghalangnya." kata ayah.


" Tetapi, saya takut kalau Amri salah membuat pilihan. Banyak benar yang saya dengar tentang cerita gadis Negeri Sembilan. Itulah yang membuatkan saya susah hati. Menyesal kemudian tidak ada faedahnya." kata ibuku pula.
" Dengar suara enggang, makan buah beluluk. Dengar cerita orang, awak nanti yang masuk lubuk," kata ayah sambil ketawa.
" Janganlah ketawa. Saya susah hati ni," ujar ibuku.
" Kalau anak kita dah berkenan awak nak buat macammana?. Awak nak minta tolong kepada dukun Mamat supaya Amri membenci gadis Negeri Sembilan tu?" tanya ayah.


" Tidak sekejam itu hati saya ni, bang. Saya masih tahu hukum hakam agama kita. Cuma yang saya kuatir kalau benar seperti cerita yang saya dengar tu."
" Abang tidak kisah siapa orang yang dipilih oleh Amri untuk menjadi isterinya. Asalkan dia bahagia, sudah."
" Habis tu, macam mana saya nak buat, bang?" tanya ibu. Dia nampak gusar.
" Suruh Amri bawa budak tu ke rumah kita pada hari Ahad depan ni. Nanti kita sama-sama tengok bakal menantu kita tu. Lepas tu baru awak buat keputusan. Ini belum apa-apa lagi awak dah kata tidak setuju!" jawab ayah.
" Baiklah," kataku pula sambil tersenyum. "

Hari Ahad depan saya bawa gadis pilihan saya tu. Mak dan ayah boleh bertemu bual dengannya. Saya yakin mak dan ayah mesti berkenan dengan gadis Negeri Sembilan tu."
Pada pagi Ahad itu ayah dan ibuku tidak keman-mana. Mereka menanti kedatangan Gadis Negeri Sembilan. Masing-masing seolah tidak sabar lagi hendak melihat tetamu istimewa yang akan berkunjung ke rumah kami.
Tepat jam 11 pagi kereta yang kami naiki sampai di halaman rumah. Ayah dan ibu segera datang menyambut kami. Ibuku merenung Hayati seolah sedang membuat penilaian.


"Saya perkenalkan, inilah Hayati bakal isteri Amri," kataku memperkenalkan Hayati kepada ayah dan ibu.
" Apa khabar Mak Cik," tanya Hayati sambil mencium tangan ibuku.
" Baik..." jawab ibu sambil matanya terus merenung gadis di hadapannya.
" Kenapa biarkan mereka tercegat saja di laman rumah. Jemputlah tetamu kita tu naik," kata ayah pula.


Ibu menjemput Hayati naik ke rumah. Kami duduk di ruang tamu. Dan sejak tadi mata ibu masih tidak pernah lekang mengawasi gerakgeri Hayati. Mungkin ibu mahu melihat keburukan atau menilai kebaikan bakal menantunya. Tetapi aku yakin ibu tidak nampak cacat celanya gadis Negeri Sembilan yang menjadi pilihanku. Orangnya nampak baik dan berbudi bahasa. Dan hati ibuku merasa senang bila Hayati membantunya membuat kerja-kerja di dapur. Hayati juga yang menyediakan masakan tengahhari.


Ibu dan ayah nampak berselira menikmati makanan tengah hari. Gulai masak lemak cili api yang dimasak oleh Hayati benar-benar membuka selera. Selesai makan Hayati juga yang ke dapur membasuh dan mengemas pinggan mangkuk. Kemudian Hayati membantu mengemaskan rumah. Selesai menunaikan sembahyang Asar barulah kami meminta diri untuk pulang. Hayati sekali lagi bersalaman dengan ibuku.
" kalau begini baik budi bahasanya, mak setuju Hayati menjadi isteri kamu," kata ibu ketika aku dan Hayati masuk ke dalam kereta.


" Alhamdulillah…minggu depan giliran kami pulak ke rumah kamu, Hayati," balas ayah pula.
Itulah saat yang aku rasa paling gembira.

iSteri sOleHah

Berikut adalah beberapa ciri-ciri isteri solehah yang boleh dikatakan sebagai idaman setiap lelaki yang ingin bergelar Suami.

Selamat sejahtera di dunia dan selamat di akhirat.. Amin...


Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menj
aga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.


* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.


k.a.m.i

Sunday, March 20, 2011

sUamikU..

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.


ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

· Kuat agamanya

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.


· Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.



· Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?


Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


· Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


· Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.


· Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.


Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.


· Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.



Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.




k.a.m.i