Tuesday, April 24, 2012

jOm aR g kEjE..~

Gud Morning all's... pagi2 neyh xthu nk wat ape.. so membloggingkan diri jela.. waahahahaha... Xtahula nape.. sejak 2 3 ari neyh.. bile aq mkn jer perut sakit memulas2. Sakit sangatla. Aq dh lame xmkan nasik. Sebulan lebih dh xjamah nasik. Sebab gusi aq xtutup agi jahitan dier. Bile aq makan nasik sikit..perghhhh..perut terus meragam automatic.! Actually ari neyh bknla nk citer pasal masalah perut aq ni der.. Tapi nak story pasal rutin harian aq d kala working hours. Setiap pagi mata akan celik jam 5.15 pagi. Bersiram and solat subuh.. selesai solat subuh aq akan bersiap sedia untuk ke tempat kerja. Dah siap pkai uniform aq g dapur wat air Milo.... minum..minum...sambil main dgn kucing2 aq..(sempat ag tu..!) Tgok jam dah kul 6.45 pagi.. so aq pun gerak turun.. nak hantar adik aq lak g skolah.. dah turunkan dier kat pintu blakang skolah.. marilah kite g kje.... Adoiii.. dgn ngantok n sejuknyer... drive pnye jauh.....warghhhhh~ Maintain la bawak slow jer... keter blakang aq ade yg bg lampu lagi. G mampos la... yg marah potong dekat dgn aq pun ade.!! Sah cilake betul... nk mati pun g lah soarng2... Setiap ari nk g kje ikut highway.. balik keje pun same gak... dah tu jer jalan yg ade pun..hahahhaa,,, Dulu tempat kje aq dekat jer.. minyak keter saving giler... rm10 tahan 2 minggu. Sekarang.. rm50 seminggu. Adehhhh~ Alhamdulillah la.. rezeki murah bulan neyh.. Oklah oklahh.. aq ngntok n skt prt lak. Xselesa betul.! Hahahha...tibe2 lak org RHB bank kol. Nak ape tah...wakakakaka... oklah.stop cni dlu. Nanti aq story bout laen plak.. daaaaaa~ k.a.m.i.

Sunday, April 22, 2012

my Secret... (PART 2)

Wallaaaa...~ sambung agi part 2 der... banyak secret aq neyh weyy. Kali neyh pasal penjagaan kulit tubuh badan lak ketika mandi.. Aq pengguna setia mandian DOVE dari tahun 2010 hinggalah sekarang. Adela kisah disebaliknya kenapa... saboo ok. Dari zaman skolah smpai masuk dunia kampus aq neyh peminat setia mandian LUX. Buih mmg banyak.. pahtu bau wangi lak an.. Kulit mmg jadi halus laa...
Feveret aq krim strawberry tu dgn silk white. Buih banyak xyah cakap ar... mmg boleh saving mase study dlu. Sebab biuh bnyak.. ko picit sikit jer.. bajet dohh~ Pahtu awal tahun 2010 kulit aq jadi gatal2 giler. Naik bintik2 merah. Aq g cek kat klinik... Doktor kat c2 seboleh2 tduh aq ni kena demam campak. Ape bongok sgt doktor neyh... xkanla aq empunya badan xtahu beza antara demam campak dgn gatal2 beser jer kat badan... Aq dah pernah kena demam campak 2kali, aq tahula mcam mane. Memang nampak ketara bebenor bodh doktor yg merawat aq tu. Aq dh nak balik dah ni dier sempat ag cakap.. awk demam campak kot~ Sakit giler hati aq masa tu wey.. aq gatal2 bukan demam.! Xleh jadi neyh.. aq pun tukar body wash aq ke DETTOL. Konon nak kasi bagi mati kuman n bakteria la yg mlekat kat kulit badan aq neyh...
Pergh... makin banyak lak bintik2 merah tu naik. Gatal2 tol wey... cam nak nangis pun ada. Yela dulu aq 1 kudis n parut pun xder... tpi sekarang.. merah sana merah sini.. parut sana parut cni... Malu sangat.. Aq pun g balik klinik tu.. kerap kali aq pergi sana sampai doktor tu pun dah give up and bg aq surat suruh aq rujuk pakar kulit. Hah. kan senang kalo awal2 lagi dier bg aq surat. Xlah merana aq. Aq pun g lah Hospital Pakar.. Bhg. Pakar Kulit... doktor kat c2 lagi pandai laaa~ Bincang...bincang..bincang.... Doktor tu pun bgthu kat aq yg kulit aq ni sensitif.. and doktor tu suruh aq pkai DOVE BIRU... Aq pun pakai... yessss...!!! Alhamdulillah.. gatal2 tu dah xder n kulit aq dah kembali mcam dulu... Cun melecun.. Doktor suruh aq pkai DOVE ni smpai bile2 and aq xleh tukar pkai ape2 jnis mandian or sabun.. kalo x nanti jadi teruk balik... Sebenarnya kulit aq neyh jenis mengade2.. mengalahkan kulit baby..hahahahha... sabar jelaa... Hasil pakai DOVE.. kulit jadi lembut..licin..xkering..gebu.. Xcaye tanyalah Mr.Al Amin. Dia sukekan nyer.! oklah... tunggu sambungan my Secret PART 3 pulak ok... wassalam~ k.a.m.i

Saturday, April 21, 2012

my Secret... (PART 1)

Salam.. ari neyh Mrs. Al Amin yg akan menconteng2 blog k.a.m.i..!! yeahhh... bosan2 tu kan.. sambil nunggu Mr. Al Amin.. marilah kita berblogging dulu..wewewewe~ Korang nampak syampu kat atas tu?? Yess... itulah syampu yg aq pkai sekarang neyh. Dulu aq pkai syampu ni.. PANTENE...
Macam xder pape pun.. rambut still xelok2 gak. Heyooooo...~ Pastu aq tukar syampu laen pulak. Syampu DOVE.
Mule2 aq pkai DOVE ni elok pulak. Tapi bile dh lame2, masuk 3 bulan.. bnyak lak rambut aq rosak n gugur. WTM tol... Kemudian aq beralih pada LOREAL PARIS .. Alhamdulillah... setahun lebih dah aq pkai brand neyh.. rambut aq dh ok. Kejap2 aq g sikat rambut.. SUKE laa.. rambut cantik.. lembut, licin, wangi lak tu.. mmg SUKE SANGAT lah.!! Payah nak cari syampu yg betul2 sesuai dgn rambut n kulit kepala kita neyh... Aq dah jmpe aq punya.. korang pulak??? Kat blog neyh x boleh la nak tunjuk rambut aq mcm mne.. censored ok..hehehhe~ oklah. selamat mensyampu rambut anda.!!! k.a.m.i

Friday, April 20, 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Salam.. k.a.m.i ada benda nak share kat cni.. renung2kanlah..... 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. " So..bacalah dengan tenang dgn jiwa yg bersih... k.a.m.i

Thursday, April 19, 2012

baD moOd.!

Hari ni rase cam nk bunuh orang jer laa~ sakit hati tol. Apa yang diharapkan xmenjadi akibat perbuatan orang lain aq yg merana. Nasib baik la ade orang blnje aq breakfast tadi. Lega sikit nk marah org.! Kite kje penat2... g ops balik lewat pagi.. nak claim la kerja lbh masa.. tup tup.. ade org dengki lak kat kite... nak buat mcm mane.. kite pun sabar jela..
Walaupun aq tahu siapa yg buat.. tpi buat xtahu jela.. aq yakin, Allah tu Maha Kuasa.. kebenaran akan muncul nanti. Amin..amin..amin.... Memang cabaran n dugaan tol kje gomen neyh weyh... aka nada orang yg xpuas hati, dengki dengan kite nnt. Dier pkir dier jer yg betul... walaupun bnde tu dh terang2 salah. Ahahahahhaha.. kesian kat org yg camtu. Sejak akhir2 neyh hati aq ni cepat terusik. Xtahula nape... timbul rase cemburu bila dpat tahu or dgr kwn2 yg nk kawen.. bg kad kawen..suh aq dtg... spupu2 aq kawen... aq???m hahahha... enjoy giler der~ Mungkin aq pun nk rase camtu.. tpi yelah.. bile pkir2 blk dgn family aq yg cmni.. fmly dier cmtu.. aq lupekan jer niat. Berangan2 jela kan? Awal bulan 5 neyh adik Mr.Al Amin lak kawen. Untunglaa badan~ boleh lak adik dia langkah2. Tpi dier xleh. What the mioww??!! Kalo aq buat novel la pasal kisah percintaan aq yg d larang.. kompom meletup. Habis cetakan pertama.! Tapi mmg aq bad mood sekarang neyh. Cam nk tumbuk2 jer muke org tu. Ishhhhh..!! Sabar jela~ k.a.m.i