Friday, November 19, 2010

99 Nama Allah S.W.T yang mencipta kami,anda dan sekalian makhluk.

Kami agak..x sume tahu and ingat 99 nama-nama Allah S.W.T. Jadi disini kami ingin cerita sket & xbyk cuz kami pun insan beser jer..ade wat silap gak. X perfect pun, jadi kalo ade slah and silap, silalah tegur. Ini untuk kebaikkan kite sume gak..
Dengan lafaz BISMILLAH..

1. AR-RAHMAN -Yang Maha Pemurah

Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fikiran tegas serta murah hati.

2. AR-RAHIM - Yang Maha Mengasihi

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati.

3. AL-MALIK - Yang Maha Menguasai

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain.

4. AL-QUDDUS - Yang Maha Suci

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari, insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan.

5. AL-SALLAM - Yang Maha Selamat Sejahtera

Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit, boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

6. AL-MU’MIN - Yang Maha Melimpahkan Keamanan

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan jauh dari bahaya.

7. AL-MUHAIMIN - Yang Maha Pengawal serta Pengawas

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang, insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar.

8. AL-AZIZ - Yang Maha Berkuasa

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari, insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.

9. AL-JABBAR - Yang Maha Kuat
menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya, ataupun terdedah oleh bahaya, kesukaran mahupun kekerasan.

10. AL-MUTAKABIR - Yang Melengkapi Segala KebesaranNya

insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.

11. AL-KHALIQ - Yang Maha Pencipta

Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya.

12. AL-BARI - Yang Maha Menjadikan

Ia menjadikan segala-galanya sempurna.

13. AL-MUSAWWIR - Yang Maha Pembentuk


Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya, hendaklah ia berpuasa selama 7 hari, dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ, YA-BARI’, YA-MUSSAWIR (pembuat, penjadi dan pereka) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air. InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan.
14. AL-GHAFFAR - Yang Maha Pengampun

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali, insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya.

15. AL-QAHHAR - Yang Maha Perkasa

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya, dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain.

16. AL-WAHHAB - Yang Maha Penganugerah

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki.

17. AL - RAZZAQ - Yang Maha Pemberi Rezeki

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan dimurahkan rezeki.

18. AL-FATTAH - Yang Maha Pembuka

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya.

19. AL-’ALIM - Yang Maha Mengetahui

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci.

20. AL-QABIDH - Yang Maha Pengekang

Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari, insyaALLAH ia tidak akan kebuluran.

21. AL-BASIT - Yang Maha Melimpah Nikmat

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya, insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.
22. AL-KHAFIDH - Yang Maha Perendah(Pengurang)

Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari, hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali ,insyaALLAH ia akan dipelihara daripada musuhnya.

23. AR-RAFI’ - Yang Maha Peninggi

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam, insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya.
24. AL-MU’IZZ - Memuliakan

Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya’ setiap hari isnin dan jumaat, insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain.

25. AL-MUZILL - Yang Maha Penguji

Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang, insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya. Allah akan memeliharanya.

26. AS-SAMI’ - Yang Maha Mendengar

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas sembahyang zohor (tengah hari), insyaALLAH Allah akan mengkabulkan apa sahaja kehendaknya.

27. AL-BASIR - Yang Maha Melihat

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat, InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai.

28. AL-HAKKAM - Yang Maha Mengadili

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang, InsyaALLAH Allah akan memberikan sesuatu dengan sepatutnya.

29. AL-’ADL - Yang Maha 'Adil

Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan mengikut kehendaknya.
30. AL-LATIF - Yang Maha Lembut serta Halus

Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan, sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan), insyaALLAH niatnya akan dikabulkan.

31. AL-KHABIR - Yang Maha Mengetahui

Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula, sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian.

32. AL-HALIM - Yang Maha Penyabar

Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas, setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam, insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa.

33. AL- ‘AZIM - Yang Maha Agung

Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati.

34. AL-GHAFUR - Yang Maha Pengampun

Sesiapa dihidapi penyakit kepala, demam atau dukacita, sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan sembuh.

35. ASY-SYAKUR - Yang Maha Bersyukur

Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali, diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi air dan membasuh mukanya, insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega.

36. AL-’ALIY - Yang Maha Tertinggi serta Mulia

Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH keyakinannya akan teguh.

37. AL-KABIR - Yang Maha Besar

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari, insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan

38. AL-HAFIZ - Yang Maha Memelihara

Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.

39. AL-MUQIT - Yang Maha Menjaga

Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan, hendaklah menyebut nama-Nya.

40. AL-HASIB - Yang Maha Penghitung

Apabila seseorang takut dirompak, maupun akibat dengki musuhnya, mulakan menyebut atau membaca nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam. Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib. InsyaALLAH ia akan selamat.

41. AL-JALIL - Yang Maha Besar seta Mulia

Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit, kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar, insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia.

42. AL-KARIM - Yang Maha Pemurah

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.

43. AR-RAQIB - Yang Maha Waspada

Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini.

44. AL-MUJIB - Yang Maha Pengkabul

Sesiapa memohon kepadaNya, insyaALLAH niatnya akan dikabulkan.

45. AL-WASI’ - Yang Maha Luas

Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian, sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik.

46. AL-HAKIM - Yang Maha Bijaksana

Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus(dari masa ke masa), insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya.

47. AL-WADUD - Yang Maha Penyayang

Andainya dua orang bergaduh, sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makananyang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu, insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai.

48. AL-MAJID - Yang Maha Mulia

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menerima kebahagiaan

49. AL-BA’ITH - Yang Maha Membangkit Semula

Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH.

50. ASY-SYAHID - Yang Maha Menyaksi

Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu, insyaALLAH anak ituakan menurut perintah.

51. AL-HAQQ - Yang Maha Benar

Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang.

52. AL-WAKIL - Yang Maha Pentadbir

Sesiapa yang takutkan mati lemas, hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan, dari masa kesemasa, insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH.

53. AL-QAWIY - Yang Maha Kuat

Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya, tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan, insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya.

54. AL-MATIN - Yang Maha Teguh

Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya, insyaALLAH kesusahannya akan lenyap.

55. AL-WALIY - Yang Maha Melindungi

Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah.

56. AL-HAMID - Yang Maha Terpuji

Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan disayangi dan dipuji.

57. AL-MUHSI - Yang Maha Penghitung

Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan, dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali, insyaALLAH akan mempunyai kemudahan.

58. AL-MUBDI - Yang Maha Pencitpa dari Asal

Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran, insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya.

59. AL-MU’ID - Memulihkan

Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya, insyaALLAH orangitu akan pulang dengan selamat.

60. AL-MUHYI - Yang Maha Menghidupkan

Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari, insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan.

61. AL-MIMUT - Yang Mematikan

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya.

62. AL-HAYY - Yang Sentiasa Hidup

Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang.

63. AL-QAYYUM - Yang Hidup serta Berdiri Sendiri

Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian.

64. AL-WAJID - Yang Maha Penemu

Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati.

65. AL-MAJID - Yang Maha Mulia

Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan diterangkan hatinya.

66. AL-WAHID - Yang Maha Esa

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi, insyaALLAH akan bebas daripadaketakutan serta kebingunan.

67. AL-AHAD - Yang Tunggal

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.

68. AS-SAMAD - Yang Menjadi Tumpuan

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain.

69. AL-QADIR - Yang Maha Berkuasa

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH harus sedar akan kebenaran.

70. AL-MUQTADIR - Yang Maha Berkuasa

Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH ia menyedari kebenarannya.

71. AL-MUQADDIM - Yang Maha Menyegera

Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling, insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya.

72. AL-MU’AKHKHIR - Yang Maha Penagguh

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari, insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal. Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya

73. AL-AWWAL - Yang Pertama

Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan, ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat.

74. AL-AKHIR - Yang Akhir

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.

75. AZ-ZAHIR - Yang Zahir

Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat, insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya.

76. AL-BATIN - Yang Batin

Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari, insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya.

77. AL-WALI - Yang Wali / Yang Memerintah

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya, insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara.

78. AL-MUTA’ALI - Yang Maha Tinggi serta Mulia

Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan, cara atau keadaan, bahkan fikiran seorang manusia. Ianya adalah yang paling tinggi.

79. AL-BARR - Yang Banyak Membuat Kebajikan

Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan.

80. AT-TAWWAB - Yang Menerima Taubat

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH taubatnya akan diterima.

81. AL-MUNTAQIM - Yang Menghukum(mereka yang bersalah)

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya.

82. AL-’AFUW - Yang Maha Pengampun

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan.

83. AR-RA’UF - Yang Maha Pengasih serta Penyayang

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dikasihi Allah.

84. MALIK-UL-MULK - Pemilik Kedaulatan Yang Kekal

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati Allah.

85. IKRAM - Kemuliaan

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan

86. AL-MUQSIT - Yang Maha Saksama

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan

87. AL-JAMI’ - Yang Maha Pengumpul

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang

88. AL-GHANIY - Yang Maha Kaya serta Serta Lengkap

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki.

89. AL-MUGHNI - Memakmurkan

Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat, insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun.

90. AL-MANI’ - Yang Maha Pencegah

Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia.

92. AN-NAFI’ - Yang Memberi Manfaat

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari, insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya.

93. AL-NUR - Yang Bercahaya

Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH hatinya akan lebih terang

94. AL-HADI - Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan rohani.

95. AL-BADI' - BandinganNya

Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang, insyaALLAH kesusahannya akan hilang. (Ya ,ALLAH ,Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini).

96. AL-BAQI - Yang Maha Kekal

Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit, insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan.

97. AL-WARITH - Yang Maha Mewarisi

Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan hidup lama.

98. AR-RASYID - Yang Memimpin (Ke Arah Kebenaran)

Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya, insyaALLAH kesusahannya akan hilang.

99. AS-SABUR - Yang Maha Penyabar

Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali, insyaALLAH ia akan terselamat

So..hrp boleh follow. 99 Nama yang menciptakan k.a.m.i, anda dan sekalian makhluk dimuka bumi neyh. Hari2 bacer..insyaAllah..anda akn d'tmptkan didlm golongan org yg baek2..amin..