Monday, December 13, 2010

Budu yang behhhhhh..!!

Neyh faveret makanan kami. sgt2 sedapppppp..!!
Kami nak share dgn sume org tentang budu neyh..hehehhe..

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung danhipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa danstokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitudaidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Neyh sumber2 yg kami dapat dari internet..cam xcayer jer an??Pape pun..kamu kena try rase..

sedap sgt..hehehhe..

oklah..thats all from us now..

wassalam...

Thursday, December 9, 2010

Semua Akan Melalui dan Merasainya..


Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. “Aii.. menung nampak? Apasal?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
“Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.
Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.
"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.
Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.
Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...
Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal
azim...
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.
Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.
Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh man...
Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang aja. Entah ya entah ridak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.
Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.
Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!
Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.
GGGRRRRUUUMMM...
Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK
Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!
Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.
PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!
Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.
Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.
Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.
"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.
"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.
Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.
Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
"Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.
Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.
Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.
"Engkau menepis sana, mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air, aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.
Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.

Wednesday, December 8, 2010

Sakit & Seksa..

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital
yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di
sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta
ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku
kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada
di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan
bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita
sungguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap
sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan
tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku
semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam
mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang
pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku
amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru
sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir
sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar
di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah
ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi
mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia
ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan
Allah."Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung
ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu
ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup
kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis
teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba
saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu
berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin.......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang
di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di
perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku
takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi
izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di
ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin
sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa
lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang
pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di
pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan
penuh kesah.Keluhan dan rintihan
"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa
pun yang peduli.Nenekku
datang,"Nenek............". "Kau dahaga
cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu,
nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam
agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke
syurga". "Nenek....ibu.....ayah.......suara kau
kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang
ingin memurtadkan aku?? "Mengucap
sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara
ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut
kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa
bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut
kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran
kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah
sakaratul maut........!!!!!!". Kedinginan
menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung
rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan
kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan
Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau
sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah
orang yang mengangkat sampah
ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan
sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju
yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa
warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di
pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya
melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau
sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku
hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar
semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari
sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat
kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari
dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di
dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang
teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa
dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana
kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak
kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan
dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus
lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di
atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku
juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami
air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air
kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu......malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih
dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih
itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di
bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua
buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang
termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan
abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di
sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk
mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di
angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak
kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang
termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".
"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan
ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di
sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah
aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang
bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di
turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku
terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan
aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam
liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah
menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari
Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita
kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok
imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu
benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua
benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus
membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku
makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa
telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang
di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku
kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan
tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!