Monday, May 30, 2011

HUKUM berjumpa BOMOH@DUKUN

Apabila kita membicarakan tentang isu sihir maka kebiasaanya kita akan berhadapan dengan tiga golongan manusia iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut dengan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi melindungi diri mereka dari terkena sihir.

Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh menggauli isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya.

Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu-ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan. Ahli sihir perlu melakukan amalan-amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dahulu demi untuk mengukir persahabatan yang erat dengan jin dan syaitan yang mereka pergunakan untuk melakukan kerja-kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan-amalan yang kufur tersebut, maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya. Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan merupakan teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini merupakan perbuatan yang telah dicela oleh Allah S.W.T sebagaimana firman-Nya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (al-Jinn : 6)

Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah-mentah seolah-olah ilmu sains itu merupakan suatu cabang ilmu yang telah sempurna tanpa cacat-cela. Tahukah mereka bahawa ilmu sains itu sentiasa berkembang dan penemuan-penemuan baru sentiasa diumumkan dari masa ke semasa. Adakalanya penemuan-penemuan baru itu membatalkan penemuan-penemuan terdahulu yang setelah diteliti semula ia didapati kurang tepat. Tidak mustahil juga sekiranya sesuatu perkara itu tidak dapat dibuktikan oleh teknologi sains pada masa kini tetapi dapat disahkan benar pada masa hadapan. Dalam erti kata lain ilmu Sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang telah sempurna atau maksum. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Apa pun sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara-perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara sedemikan rupa hendaklah kita tunduk dan patuh kepada nas-nas dari al-Qur’an dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah S.W.T menyuruh kita berlindung diri dari perbuatan tukang sihir sebagaimana firman-Nya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk-makhluk (tukang sihir) yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (al-Falaq : 1-5) Di dalam al-Qur’an juga terdapat kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. bertarung dengan tukang-tukang sihir Fir’aun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Nabi s.a.w. bersabda: “Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.” Baginda ditanya: “Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sehubungan dengan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia merupakan perbuatan yang kufur. Sabdanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w."(Hadis riwayat al-Bazzaar)

Tukang-tukang sihir ini telah banyak melakukan kerosakan serta huru-hara di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran itu majoriti para ulama mengharuskan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Akan tetapi Imam al-Syafi’i r.h berpendapat tukang sihir hanya boleh dikenakan hukuman bunuh sekiranya dia menggunakan ilmu sihirnya itu untuk membunuh jiwa insan yang lain. Imam al-Syafi’i mengkategorikan hukuman terhadap tukang sihir ini sebagai qisas.

Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri dari terkena sihir, janganlah pula dia turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Hendaklah setiap umat Islam melindungi diri mereka dari niat jahat tukang-tukang sihir itu dengan membaca ayat-ayat al-Qur’an serta doa-doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Berikut adalah beberapa petua yang di ambil dari hadis-hadis baginda.

# Membaca ayat Kursi iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

# Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.

# Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.

# Membaca doa


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.

# Membaca doa


بِسْمِ اللهِ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

"Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.

Menurut Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz r.h bacaan-bacaan zikir dan permohonan perlindungan di atas ini merupakan sebab-sebab yang besar untuk memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.

k.a.m.i

Wednesday, May 25, 2011

miOw yanG d'sayanGi..

Aq adalah seorg gadis yg mempunyai hati yang_____________?? Korang pkir la sndri. Mcam yg dah tersedia maklum... aq neyh adlh seorg pecinta haiwan. Terutama K.U.C.I.N.G..!! so aq mmg marah and geram giler kalo aq nmpk ade manusia yg menyepak, menendang, mendera haiwan kesayangan aq neyh. What the miow betol ar..

Family aq bela kucing sejak aq lahir lagi.. celik jer mata, aq nampk kucing. Tpi mase kecik aq xsuka kucing. Aq suka pijak ekor kucing.! Hahahhahahaha.....

Kejadian tu waktu family aq tgh makan kat restoran.. aq pulak g maen2. Aq pergi pijak ekor kucing tu. Kucing tu pun mengioww kuat and cakar aq. Huwaaaaaa..............aq ngis berlari kat ibu and ayah.

Sejak dari hari tu.. aq sgt sygkan kucing sampai la hari neyh.. mungkin aq dah terkena sumpahan kucing kot...hahahaha...

Hati aq jadi penyayang kpd haiwan2. Terutama kucing. Kat rumah aq..aq ada bela byk kucing and haiwan lain. Hamster ade...burung ade..kura2..tupai...ikan...rabbit angora sepasang.

So what?? Ooo...soleyy soleyyy..soleley~

Kat bawah neyh ade beberapa pics yg bg aq amat kejam and mmbuatkan hati aq di blender hancuss hancuss.!! Korang boleh menilai sendiri apa yg mereka lakukan kpd haiwan kesyagn Nabi Muhammad S.A.W, termasuk aq.!


Nahas ko kalo dtg M’sia.!



Ya Allah...


TIDAAAKKKKK..!!!


Dorang nak buat SUP.!


X Sanggup Aq Tengok..


Kucing Aq..huuuu....


Yewww..~


HELP US..!! PLEASE...


SET US FREE..LET US GOO..!!

Korang dh tgok pics2 tu tadikan?? So cmner??

Aq terus trang ckap mmg xpuas hati tol tgok dorg wat cmtu kat kucing2. Makanan exotic konon.!!

Marilah kita same2 selamatkan kucing2 neyh.. besar pahalanya.. insyaAllah...

k.a.m.i menentang sekeras-kerasnya kekejaman terhadap haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.


k.a.m.i


Sunday, May 22, 2011

saat Talkin diBaca..










korang pnh x g ikut saudara-mara ke...sape2 jela g tnah kubur untuk upacara pengebumian?? Pernah x korang dgr bacaan Talkin??

Apa perasaan korg mase tu?? Aq neyh suke g dgr orang bace talkin. Bile dibace jer....tibe2 1 perasaan neyh dtg menerpa kat aq.

Jadi seram..insaf..sedih.... semuanya bercampur2. Susah nak ckap.

Aq slalu bayangkan..kalaulah aq pun jd mcm jenazah tu..mcm mne ek?? Allah nak ke terima org yg mcm aq neyh??

Aq selalu pkir..aq neyh pun hidup xthu smpai bile..nnt besok2..aq pun akan mati gak. Akan rase ape yg jenazah tu rase.. baik ke..jahat ke... Allah..selamatkanlah aq...

Talkinlah yg buat aq berfikir.. mampu kea q nak berkata2 bila di soal nanti?? Ya Allah..permudahkanlah perjalananku..lancarkan lidahku berkata-kata menyebut nama-Mu...


Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Binti AYAH SAYA, wahai SAYA Binti AYAH SAYA, wahai SAYA Binti AYAH SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Binti AYAH SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Binti AYAH SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Binti AYAH SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Binti AYAH SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati –

Pada 1 masa ditetapkan kita pasti dirisik,Pertunangan sejak azali, di hujung hidup nanti berlangsungnya perkahwinan dengan maut, hantarannya sakit dan nazak, tetamu bertandang menghadiahkan tangisan dan bacaan yassin, pengantin di mandikan, dipakaikan wangian,gaharu cendana dijadikan pelamin,pengantin bersanding sendirian di arak keliling kampung berkompangkan azan dan kalimah kudus,akad nikahnya bacaan talkin berwalikan liang lahad bersaksikan nisan-nisan, siraman mawar keluarga terdekat, malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah sedalam 7 kaki..RENUNGKANLAH


k.a.m.i

Aq bUdak KFC



Aq budak KFC..ye.. aq dulu mmg bdk KFC.. Tamat jer sekolah aq terus pergi caik keje. Lokasi pertama aq adalah di KFC Tasik Jaya.. Dan lokasi pertama itulah aq terus dpt keje kat situ gak.! Uuyeahhhh...~

Tahun 2005 hbis SPM. Aq mule kje kat KFC Tasik Jaya.. mule tu masuk sebagai CSC jer..lap2 mje..spu2.. lame2 aq up jadik Cashier. Hari2 kire duit. Aq yg bengap Math boleh pandai laa..duk kat cashier tu. Wakakakakka~


ADAM, AMIR, SUSHIL

Manager time tu En.Jamirus @ En.Jem... dier neyh kalo burger ke..ayam ke..jem 1... habis, 1 krew jem dier buat.tensen dohh~ Tapi seronok..sbb dier baik and kelakar.. suke bwk aq g bank. Bank in duit sales.

Kat cni aq kenal sume org mcam family aq sendiri. Mase tu gak aq slalu kena buli dgn sorang minah neyh.. dier jeles tol dgn aq, xthu knp. Yang paling best dan akan aq ingat sampai bile2 ialah bile abg Amon dgn abg Pian kunci aq kat dalam freezer room. Dahla gelap. Sejuk giler. Nangis aq dlam tu.. dorang bukak jer pintuu..aq trus pukul dorg.hahahaha...

Tak lame pas tu result pun keluar... and aq dapat sambung blajar Diploma in English for Communication selama 3tahun.. di Kuantan... sedeyy giler nak berpisah..



ME AND MON


Time study tu lak aq slalu tringat kat kwn2 KFC aq..break same2.. makan benda baru same2..sedapnyer....

Tamat Diploma aq masuk balik keje di KFC Tasik Jaya..tpi semua dah xder... sume org baru.. tinggal la aq meraba2 sorg2 kat situ. Nak buat kawan baru pun slow2 jer... tapi xlame la..cuz aq neyh jenis peramah and suke wat org gelak. Aq dapat kawan baru lagi...pun lawak giler dgn dorang..hahahhaa... dari department CSC sampaila kat Cook semua geng aq.! Time balik time bestla.. dapat bwk balik ayam free. Burger ke..ape2 jela yang ade..amek jer..buh dalam plastic byk2.!

Kat cni aq nak listkan bebrape kerat name yang masih segar dalam ingatan...

Tahun 2005-2006:

· Kak Aida chubby

· Kak Mardhiah

· Kak Mala and Kak Sheila (twin)

· Abg Pian

· Abg Amon

· Abg wan

· Abg Naim

Tahun 2009:

· Munirah

· Fazli pokak

· Adam pokak

· Amir c cook

· Bang brahim

· Sabul BGD

· Dalilah

· Kak shila

Keje Fast Food neyh mmg betul2 team building. So sape2 yang nak rase cmner rasenyer ade 2nd family.. pergilah keje fast food. KFC is the best.!

Keje KFC neyh seronok and penat... sronok sbb ade kengkwan yg best, makan lak free.. penat sbb kena angkat,kire,susun stok baru sampai.! Tidaakkkkk...!! lgi satu yg penatnyer ialah..nak kekalkan kebersihan restoran. Perghhhh...kalo kotor...berdarah la tlinge ko dgr taklimat xbertauliah dri RM xpun AM...

Aq kje cashier kne laju packing ayam.. sorang customer aq kne settle dlm mse 3minit. Dh mcam Maharaja Lawak lak an? 3minit jer... kalo lebih 3minit..aq gagal la tu.. zapp zapp zuppp~ terima kasih dtg lagi.. kalo org xramai boleh la cmtu.. cube time gaji...kempis lengan and peha waa ckap luuu.... beratur smpai kat pintu masuk tu ha.!

Ade la sorang customer neyh..time tu org ramai.ujan lak tu...lgi best majority yg dtg sume order bsar2. Bucket Barrel..Bucket Barrel.. aq pun amekla order pakcik neyh.. Hai..slmt dtg ke KFC, blh sy bntu..makan ke bungkus??

“bungkus dik ye, Barrel neyh 1..”

“original ke spicy?”

“yg pedas la dik..eh2,leh campur2 x?”

“boleh pakcik..”

Disebabkan ramai yg order Barrel jdi ayam dlam Fc tak cukup and kne masak yg laen..kena tunggula...

“ayam 15minit..pakcik blh tunggu?”

“ye boleh.”

Pas aq dh terima bayaran..pakcik tu pun blah g caik tempat duduk.

Xsampai 5minit dier dtg blk kat aq,tnye ayam dh siap ke blum.. ya Allah..belum 15minit lagi...

Dier hairan nape org laen dah dapat..dier xdpt2 lagi..

“pakcik..yg boleh out skang neyh order snack and dinner plate jer pakcik...yg laen kena tunggu..”

“hah,knp ko xcmpur jer semua2 tu???”

Aq pun terkelip2 bijik mate aq neyh haa..dgr.. pakcik neyh mentel kot.... dier sendiri ckp boleh tunggu 15minit tadi..pas tu xsbar2 pulak..

Mcam2 ragam pelanggan tau x..tpi kes pakcik tu dah di kire normal la...

Aq dah beser dgn org yg mcam tu... so setiap kali aq g makan kat KFC..xkesahla KFC mane2 pun.. aq mesti tersenyum bile tgok ade org bceng2 kat kaunter..hahahaha...


TIME BREAK WITH KAK ROS

Last aq jadi KFC Crew thun 2009..pas tu aq benti sbb dapat job lain..pun best gakk..lagi mencabar. Nak tahu keje ape?? Jgn lupe follow blog k.a.m.i neyh...

Wassalam...

k.a.m.i

Thursday, May 19, 2011

HUKUM menyambut hari IBU @ MAMA

Hari Ibu (Mother’s Day) merupakan perayaan yang seringkali disambut oleh kita pada setiap tahun, sedar atau tidak pada setiap tahun,setiap negara di dunia ini tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Ibu sekali dalam setahun, terdapat pelbagai tarikh-tarikh hari ibu di pelusuk dunia ini, di negara yang kita duduki ini(Mesir) Hari Ibu jatuh kepada setiap 21 Mac pada setiap tahun, manakala di Malaysia Hari Ibu jatuh pada hari Ahad yang kedua di bulan Mei pada setiap tahun, yang jatuh pada 8 Mei 2011 tahun ini. Sambutan hari ibu pada tarikh ini merupakan tarikh yang digunapakai oleh kebanyakan negara-negara..

Tahukah anda, sejarah dan asal usul perayaan Hari Ibu ini.

Asal perayaan Hari Ibu merupakan perayaan yang meraikan Tuhan Ibu atau Ibu Dewi yang dipercayai merupakan tuhan kepada beberapa bangsa-bangsa kuno terdahulu seperti, bangsa Rom Kuno dan Yunani purba. Dewasa ini, perayaan sekali setahun ini, telah berevolusi menjadi suatu perayaan yang meraikan ibu-ibu yang melahirkan kita kedunia. Terdapat banyak tokoh pencetus kepada “Hari Ibu Moden” seperti Julia Ward Howe yang merupakan negarawati Amerika yang terkemuka yang juga merupakan sosialis dan komposer kepada beberapa syair-syair serta bahan penulisan di Amerika. Beliau menjadikan 8 Mac sebagai Hari Ibu bagi menghargai kaum Ibu yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi dunia.

Selain itu, seorang lagi pengasas bagi hari ibu ialah, Anna Jarvis, beliau mengasaskanHari Ibu, dua tahun selepas kematian ibunya, yang merupakan pengasas kepada Kelab Ibu Berkerja di beberapa bandar di United States, Anna Jarvis telah mengadakan kempen mengadakan “Hari Ibu” dan menjadikan hari ibu sebagai hari cuti yang diakui, beliau telah mengasaskan Hari Ibu pada minggu kedua di bulan Mei.

Apa pandangan Islam tentang Hari ibu?

Terdapat pelbagai pandangan para ulama’ dalam menyambut hari Ibu ini, seperti, HARAM, MAKRUH dan HARUS.Kepelbagaian dalam pandangan para ulama’ ini, adalah disebabkan perbezaan titik pandangan individu berdasarkan keadaan setempat.

Menurut pandangan Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, hukum menyambut Hari Ibu adalah HARAM. Berdasarkan pandangan beliau beliau menyatakan bahawa perayaan dalam Islam hanyalah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan Hari Penekanan iaitu hari Jumaat, oleh itu perayaan selain daripada tiga ini adalah bid’ah berdasarkan hadis rasulullahsallalahualaihiwassalam:

“Barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (bagian) darinya maka hal itu tertolak.” (HR. Bukhari Muslim)

Dan

“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak kami perintahkan, maka hal itu tertolak.” (HR. Muslim)

Dan tambah beliau lagi, kita harus berbangga dengan agama kita yang telah disempurnakan oleh Allah yang maha Esa, dan menurutnya lagi Ibu lebih berhak dimuliakan daripada hanya dikhususkan kepada sehari sahaja dalam setahun.

Pada pandangan yang lain, hukum menyambut hari ini adalah HARUS, berdasarkan hadis Rasulullah sallalahualaihiwassalam,

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya”. (Muttafaqun Alaih)

Berdasakan hadis di atas, amalan yang tidak berdasarkan semata-mata kerana Allah tidak akan mendapat ganjaran pahala, dari apa yang kita niatkan itulah hasilnya, begitu juga dengan perayaan Hari Ibu ini, jika didasari dengan niat untuk memuja selain Allah yang Esa maka itu adalah kekafiran yang nyata. Di Malaysia, Hari Ibu disambut adalah bertepatan dangan hadis Rasulullah sallalahualaihiwassalam :

Telah bersabda Rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata Rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu” (Muttafaqun Alaih)

Dan firman Allah:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. [ Al-Isra’: 23]

Serta,

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan”. [Al-Ankabut: 8]

Berdasarkan hadis rasulullah sallalahualaihiwassalam dan firman Allah maka menyambut Hari Ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan antara cara yang baik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaan

· Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT.

· Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.

· Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.

Kesimpulannya...

Kesimpulanya dari sudut pandang penulis sendiri, menggembirakan ibu dengan cara meraikan Hari Ibu adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam, manakala menyambut Hari Ibu untuk memuja selain Allah yang Esa adalah kekufuran yang nyata. Maka tidak salahlah bagi kita untuk menggembirakan ibu kita dihari ini dan jangan pula dilupakan ibu kita perlu sentiasa kita hargai sepanjang masa. Jangan lupa hubungi ibu yang berada di mana sahaja mereka berada, dan jangan dilupakan ayah yang dihormati, Selamat Menyambut Hari Ibu.

k.a.m.i