Tuesday, August 27, 2013

27th AuG 2013



Aq baruu jer blk kje neyh haa.. sangatlah penat.
Xtahula knp.
Tapikan hari2 mesti aq nak ngamuk, marah2 org kat tmpt kje aq tu.

Tadi ada meeting dgn KDI..pasal Operasi besar besaran 1 malaysia tu..
Pastu KDI pun tnya..sape ada pengalaman OPS? Tahu Sek.51(5)(b)?

Aq diam jela..buat apa aq nak show off pulak kat situ kan?? Lagipun aq dah ada kje hakiki kat situ.

Ewahhh..ade pulak yg sebut nama aq. Aq pun hape lagii..melenting la.


Bergaduh la skejap kat dlm meeting tu. Cilake betul laa..mulut hamba Allah tu.
Kesian aq kat husband kau, sbb perangai kau tu memalukan.
Suka sgt caik pasal dgn aq kan..

Aq xpernah kacau sesape, so jgnlah usik aq pulak. Caik nahas namanya tu.!

Kat sapelaa..aq nak ngadu nasib aq neyh kan.. aq ingatkan lps dah operate tu, xder dah lah sakit2 neyh..

Tapi hari2 aq sesak nafas pulak.. ni pun baru pas sedut gas... kat opis td pun sama.. huiii..xlarat aq camni.

Naik menyampah lak asek nak bergantung hdup dgn bnda alah tu pulak.

Oklah..nak manja2 dgn hubby pulak...




Sunday, August 25, 2013

paNtang laRang sebElum jadI miLik yOu..!!


Kat cni adelaaa..beberapa pantang larang sebelum nak kawen..
Xtahula nak ikut ke x…
(hubby..mcam mane???)

1- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
2- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
3- Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
4- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
5- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
6- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
7- Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
8- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
9- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
10- Elakkan minum minuman keras dan merokok.
11- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
12- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
13- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
14- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
15- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
16- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
17- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
18- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
19- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
20- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
21- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
22- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
23- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
24- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
25- Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
27- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
28- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
29- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
30- Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
31- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
32- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
33- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
34- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
35- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
36- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
37- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
38- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
39- Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
40- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
41- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
42- Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
43- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

Oleh itu..terpulanglah kpd anda..
Wahhh..excited dah aq neyh..!



yeSterDay 24th AUG 2013

Smalam aq dgn hubby g shopping barang hantaran lagi...

So sekarang neyh tinggal 1 jer lagi dulanglah.. cuz nak kena hantar semua hantaran bulan 10 neyh... minggu depan dh masuk bulan 9..

Alhamdulillah..syukur sgt aq dapat gak merasa cake yg aq tunggu dekat setahun gak la nak rasa.. terlalu SEDAP. Aq suke sgttt..



Tapi xkan aq nak mintak pulak kan..rasa janggal la pulak nak mintak kat beE belikan. Tibe2 dier ajak pulak kan..g makan kat Secret Recipe.. dan dan ade pulak cake yg aq mmg nak tu..

Rasa mcam..legaaa sgt.. susah nak gambarkanlah perasaan aq masa tu.

Masa tunggu gift wrapping.. beE bawak g main game pulak..
Teringat pulak zaman aq kaki ponteng skolah dulu..slalu lepak kat Terminal 1.

Tadi beE call..bagitahu..projek dier berjalan spt yg diharapkan.. aq tumpang happy jela utk dier..
Sbb kalo beE happy, cyg pun happy.!
Alhamdulillah..


Besok kerja.. slamat berjuang.!



uLangTahUn ku & dIa

Cukup setahun dah..jadi GF beE.. haishh.. dlm setahun neyh pun mcam2 hal berlaku.

Hari bersejarah neyhlah beE duk pujuk rayu.. “tolongglahh..tolonglahh..”
Hahahhaha...

Ermm..teringat pulak saat2 yg best lagi indah itu..

4bulan lagi nak nikah pulak..

Pape pun terima kasih hubby..luv you.

Sunday, August 18, 2013

Lemang Cinta ku & dia


Lemang Cinta aq lambat gilerrr sampai..!! besok dah rayaa…
Hari neyh aq first time buat spaghetti. Saje blajar buat.. pastu hubby request nak yg cheese pulak.. aq pun main takut2 brani jer buat. Yakin yakin jer..hahaha..

Aq pun caikla resepi dier.. poning lak aq tgok. Macam2 style. Last2 aq cipta resepi sendiri.
Aq namakan spaghetti cisfud spag xreti with lado hitam . Kau ado???
Mula2 masa aq kacau nak buat kuah tu..rasa cam xjdi jer.. dah down dah aq rase masa tu.
Aq pun xtahula jadi ke x..

Dalam hati aq berdoa moga2 hubby sukala dgn ciptaan terbaru aq neyh.
Aq pun bawak g tapak buat rumah,,

Aq tunggu dier pulak kat situ…aduihhh.. xleh jadi camni. Balik umah laa..
Malam tu aq tunggu Lemang Cinta xsampai2 gak.. dalam kul 11 lebih camtu bau familiar.. aq kenal sgt bau neyh.. ni bau hubby cyg..!!

Sayuu..hati aq neyh bila tengok beE dah terpacak kat depan pintu rumah.. dah lewat mcm ni pun masih jugak degil nak hantar Lemang Cinta dier tu.. soo sweet…


Malam tu aq salam raya.. minta maaf dgn beE.. sbb aq rasa aq lah yg paling banyak dosa dgn dier.. heyyy..apa nak jadik la dgn aq neyh..

Besok hari raya..!! Selamat Hari Raya..  xoxoxo.