Monday, February 28, 2011

P.m.S

Setiap bulan semua kaum hawa akan menghadapi masalah yang serupa.

Begitu juga Mrs.Al Amin..

Saban hari akan mendengar rintihan daripadanya..

Ciannya dier....

Dier akan jadi cepat marah and emo tak tentu pasal.

Habis Mr.Al Amin dimarahnya tanpa sebab yang munasabah..

Nasib baikla Mr.Al Amin neyh jenis yang understanding and penyabar..

Sikit pun tidak ambil hati..cuz dier tahu Mrs.Al Amin just PMS..

1st day PMS adalah masa yang amat2 bagus untuk menjauhkan diri daripadanya.

Selalunya 2 atau 3 hari PMS..lepas tu..okla.

Kaum Adam memang tidak mengetahui dan merasai apa yang kaum Hawa rasa..

Tetapi hendaklah beri kerjasama pada mereka dengan cuba untuk memahami.

Jika pada hari itu dier asek marah2 jer...step back.

PMS..!!

PMS or NOT...

Mr.Al Amin still luv Mrs.Al Amin..

k.a.m.i

oLLa MAC~

Olla Mac...

February meninggalkan seribu satu kenangan yang paling manis dalam hidup kami.

Penuh dengan adventure yang kami sendiri tak pernah impikan.!

Bulan baru bermaksud a new adventure begin~

Kami x tahu lagila what kind of adventure it will be.

Bulan neyh agak tough sikit..cuz of financial problem.

Tetapi itu tidak bermakna kami tidak akan berjumpa..hehehhe~

Kami tetap K.A.M.I

K.A.M.I

Thursday, February 24, 2011

kocenG..MiOoW~

CPET


k.a.m.i minat koceng..

sayang sangat kat koceng..

koceng neyh comey kan???

Kat umah..ade banyak koceng..


TOLOP & CHITAH


Kat umah..ade banyak koceng..

Mrs.Al Amin lak xleh jumpa dengan koceng..nanti habis sume dier nak bawak balik.!!!

Dier aDa bela 2ekor arnab kacukan jenis british...

CHOMBI & NANA


NANA


2ekor koceng kesayangnya... DON and CPET.. What a name??

2ekor hamster.. TOLOP and CHITAH

1ekor tikus putih..

Umah pun dah jadi mini Zoo dah..kalu kahwin dengan Mr.Al Amin..camner la nanti ek???

Hehehehehhe.....



CHOMBI

Pernah dengar about SPCA tak??

Mrs.Al Amin is one of the volunteer..so sweet..!

Selamatkanlah haiwan2 yang tidak berdosa neyh..kesian pada mereka..

Wanna know something??



CHIA


Its about her..Mrs.Al Amin... dierkan lebih rela g makan kat tempat laen yang xder koceng.

SEBAB??

Dier xsampai hati and kesian tgok koceng2 yang ade kat kedai tu...

Tak semua orang memiliki sifat yang cmni tau.

Sangat2 penyanyang...



DON

So korang janganlah menzalimi haiwan yang tidak berdoSa ini...

Anda jugak yang akan mendapat dosa..

Ingatla.

k.a.m.i

Wednesday, February 23, 2011

da CrEw~

Kawan yang sentiasa ada disamping anda adalah seorang kawan yang baik.

Mereka akan menghabiskan waktu bersama dengan anda.

Gelak ketawa.. Berceloteh...

Mereka yang tidak memburukkan anda dihadapan orang lain.

Dari kiri,barisan depan FARIDAH TOKWI, ANOY

Dari kiri, barisan belakang EKIN, NAD, ME.

Kami kenal pada tahun 2009 dan kekal sebagai sahabat sehingga kini.

Kami akan bertemu kembali dan akan menghabiskan masa bersama pada minggu hadapan 4/3/11

Di MELAKA..!!!!!

Tak sabarnya rasa nak jumpa dan berjalan2 shopping bersama.

Mizzzzz yaa sangat2...

k.a.m.i

Monday, February 21, 2011

~si LaBu yaNg amAt mEnjeNgKelKan~

Ku tak pernah mengganggu hidup sesiapa pun.. Malah nama penuh anda pun ku tidak tahu..
Tetapi mengapa anda suka dan amat gemar mengganggu hidup ku??
MENGAPA??
Adakah anda berasa sangat seronok dan girang hati sekali apabila dapat merosakkan,mengganggu,mencemarkan nama@hidup ku ini?
MANUSIA jenis apakah anda ini?

Ku tak pernah langsung menyebut nama anda apabila berbicara..Ku hanya berceloteh tentang diriku dan kekasih hati ku sahaja..
Mengapa anda begitu dengki dengan ku ini???
Apakah anda sahaja yang mahu hidup dalam duniawi ini??
Oh, SEDARlah wahai manusia..

Hingga hari ini ku masih lagi berdiam diri tidak mengeluarkan sepatah kata pun terhadap anda..
Tetapi anda haruslah ingat bahawa ku tidak akan berdiam lama..
Sampai suatu masa ku akan bersuara dan anda jangan pula terkejut dan menganggap ku ini biadap.
Oh tidakk...
Tidak sama sekali ku akan biadap..agama Islam telah mengajar ku untuk hormat menghormati sesama insan dan warga emas.

Ku hanya membuat kerja ku sendiri tanpa mengganggu sesiapa pun..
Ku tak pernah usik mahupun mengganggu hidup manusia lain.
Ku hanya bercakap apabila perlu sahaja..dan bagiku tidak perlu la ku hendak berbicara tentang hal-hal lain yang berada diluar bidang kerja..
Anda sememangnya mempunyai sifat dengki dan berhati yang sangat busuk..
Sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil..Dia tahu apa yang anda lakukan terhadap diriku ini..
Taubatlah wahai manusia..

Tuesday, February 8, 2011

mOrE anD moRe G.U.N.D.A.M...!!


K.A.M.I kipas-susah-mati GUNDAM..!!!!
All everything about Gundam..

Kami suke kumpul model2 Gundam.
Mr.Al Amin paling terkejut bila dapat tahu
Mrs.Al Amin minat giler dengan Gundam gak..!!
Perempuan ke lelaki neyh??
Cam xcayer jer Mrs.Al Amin minat Gundam gak.

So..kami pun pergila shopping Gundam bersama2..
Sangat seronok.!!
HG, MG, PG Gundam..semua kegilaan kami.
Hantaran kami pun GUNDAM..hehehhe..
So sweet~

Kami punyai minat yang sama..
K.A.M.I addict to G.U.N.D.A.M..!!!

Sunday, February 6, 2011

Laksa Penang nyum2..!


K.A.M.I suke makan laksa penang.. Tapi yang paling giler2 makan laksa penang adalah
Mrs.Al Amin.
Dierlah hantu laksa penang.. So she came out with the recipe..
Boleh la try buat kalo nak tahu sedap ke tak..hehhehehe..
Balik Utara..Penang or Kedah..mesti cari laksa..!!

Bahan-bahan untuk kuah

1 kg ikan kembung (yang selalu digunakan lah)
10 tangkai cili kering
5 biji cili merah
5-6 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
Belacan (lebih kurang 100 -150 g)
8-10 keping asam keping (kalau suka masam tambah lah)
Daun Kesum
1 tangkai bunga kantan

Untuk Laksa Beras.

1 packet tepung beras
Air panas yang mendidih


Untuk Hiasan

Timun dihiris nipis dan halus
Daun selom yang dihiris halus jugak
Telur ayam yang siap direbus (kalau suka)
Daun Pudina
Hirisan bunga kantan bahagian bunga
Nenas yang juga dia potong
Bawang besar yang di potong halus


Cara nak masak kuah laksa

1. Ikan kembung dicuci dan di rebus. (Selalunya tak payah lah buang kepala dan ekor semasa merebus)
2. Bila sudah mendidih, angkat dari api.
3. Toskan ikan di dalam penapis (air rebusan jangan buang, biarkan sejuk)
4. Asingkan isi ikan dan tulang.
5. Lenyek sedikit isi ikan supaya halus sedikit tidak berketul terlalu besar.
6. Masukkan cili, bawang dan belacan ke dalam blender, masukkan air rebusan ikan. Blend sehingga lumat.
7. Selepas itu, blend tulang ikan yang diasingkan dari isi ikan tadi.
8. Masukkan campuran cili yang di blend ke dalam periuk, masukkan isi ikan yang di lenyek de dalam periuk yang sama.
9. Tapis tulang yang di blender masuk ke dalam periuk yang sama, masukkan lebihan air rebusan ikan (jika masih ada)
10. Adjust kepekatan kuah ikut suka sendiri.
11. Masukkan bunga kantan yang telah di belah 2, bersama batang sekali.
12.. Masukkan asam keping, daun kesum serta garam secukup rasa.
13. Didihkan kuah laksa sehingga mencapai kepekatan atau rasa yang diingini.

Untuk laksa

1. Kalau pakai laksa yang dalam packet tu, rendam laksa sampai lembut.
2. Rebus sehingga empuk.


Laksa beras

1. Tepung beras dicampur dengan air panas yang baru mendidih sedikit demi sedikit.
2. Gaul air dan tepung sampai menjadi doh (jangan terlalu keras jangan terlalu lembik sehingga tidak boleh di tekan dari acuan)
3. Didihkan air di dalam periuk.
4. Apabila air sedang mendidih, tekan doh laksa terus ke dalam air yang sedang mendidih itu.
5. Acuan untuk membuat laksa ni boleh di beli di kedai (macam yang buat cendol tu). Dibuat dari gangsa atau tembaga kalau tak silap. Atau pun tebuk tin susu yang kosong, ikut suka lobang besar mana, gunakan kayu atau sesuatu yang boleh dia buat tempat menekan doh laksa dari dalam tin yang di tebuk ke dalam air.
6. Lagi satu cara yang paling senang - pergi beli di pasar laksa beras yang dah siap

MaUlidur RaSuL


Slamat menyambut hari maulidur rasul daripada k.a.m.i.
K.a.m.i ada sket info nak kongsi dgn kamu sume..benda yg baek knela la sebarkan.hik2.
InsyaAllah...

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.
Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

Tuesday, February 1, 2011

aDat pErpAtiH


Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatihyang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggongmenjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning. Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.


APO NAK DIKATO...~