Monday, April 25, 2011

sEjeNak...

Perjalananku dari lokasi serbuan ke markas hanya ditemani oleh siaran radio yang tiada siaran. Tiada kedengaran muzik dan lagu yang berkumandang..hanyalah siaran yang tiada siaran. Lalu diperlahankan volumenya sedikit agar tidak sakit telinga yang mendengarnya.

Kepalaku yang ligat berfikir tiba2 terpandang sebuah van yang membawa jenazah berada betul2 dihadapanku...

Allahuakhbar...hatiku berdetik.

Kelihatan jenazahnya berselimut putih dan ditutupi dengan beberapa helai sejadah diatasnya..

Allahuakhbar...

Seorang lagi hamba Allah kembali bertemu dengan Penciptanya... DIAlah yang memberi manusia itu nyawa dan dapat bernafas dimuka bumi ini.. kini kembali ke tempat yang asal..

Sejenak ku berfikir.. aku yang bernyawa ini juga akan merasai di tempat itu nanti.. takut..seram..tiba2 menyelubungi diriku..

Allahuakhbar...

Agak2 bagaimanakah keadaan si mati itu apabila ditanam sebentar lagi?? Bagaimana rasanya nyawa dicabut? Ustazahku pernah bercerita..bahawa Nabi pun berasa amat sakit ketika nyawa Beliau sedang ditarik dengan perlahan..Nabi pun sakit amat?? Inikan pula aku..!!! Allah..Allah..Allah... ampunkan dosa2ku...

Van jenazah tadi telahpun hilang dari pandangan mataku.. terus memasuki ke tanah perkuburan.. Assalammualaikum..ucapku perlahan.

Akhirnya aku sampai di markas dengan berjuta2 persoalan dan sedikit keinsafan..

k.a.m.i

0 comments:

Post a Comment