Monday, February 21, 2011

~si LaBu yaNg amAt mEnjeNgKelKan~

Ku tak pernah mengganggu hidup sesiapa pun.. Malah nama penuh anda pun ku tidak tahu..
Tetapi mengapa anda suka dan amat gemar mengganggu hidup ku??
MENGAPA??
Adakah anda berasa sangat seronok dan girang hati sekali apabila dapat merosakkan,mengganggu,mencemarkan nama@hidup ku ini?
MANUSIA jenis apakah anda ini?

Ku tak pernah langsung menyebut nama anda apabila berbicara..Ku hanya berceloteh tentang diriku dan kekasih hati ku sahaja..
Mengapa anda begitu dengki dengan ku ini???
Apakah anda sahaja yang mahu hidup dalam duniawi ini??
Oh, SEDARlah wahai manusia..

Hingga hari ini ku masih lagi berdiam diri tidak mengeluarkan sepatah kata pun terhadap anda..
Tetapi anda haruslah ingat bahawa ku tidak akan berdiam lama..
Sampai suatu masa ku akan bersuara dan anda jangan pula terkejut dan menganggap ku ini biadap.
Oh tidakk...
Tidak sama sekali ku akan biadap..agama Islam telah mengajar ku untuk hormat menghormati sesama insan dan warga emas.

Ku hanya membuat kerja ku sendiri tanpa mengganggu sesiapa pun..
Ku tak pernah usik mahupun mengganggu hidup manusia lain.
Ku hanya bercakap apabila perlu sahaja..dan bagiku tidak perlu la ku hendak berbicara tentang hal-hal lain yang berada diluar bidang kerja..
Anda sememangnya mempunyai sifat dengki dan berhati yang sangat busuk..
Sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil..Dia tahu apa yang anda lakukan terhadap diriku ini..
Taubatlah wahai manusia..

0 comments:

Post a Comment