Wednesday, March 16, 2011

16 MAC 2011@noon


Nama diberi Don@etam..

Ku mula jumpa Don pada sekitar tahun 2007..

Pada ketika itu Don masih lagi kecil sangat..

Ku jumpa Don di dalam longkang berhampiran rumahku..

Ku lihat ada yang sudah mati, ku lihat Don masih hidup lagi,

Di hurung dek semut.. lantas ku turun dan ambil Don,

Ku bawa pulang...

Don lah kucing yang paling baik yang pernah ku bela..

Don tidak pernah selongkar tong sampah..

Don tidak pernah membuang di dalam rumah..

Don tidak pernah minta makanan daripada kita..

Malah...

Don takut hendak keluar rumah..

Don takut jika ada tetamu datang ke rumah..

Don takut kena marah..

Don takut dengan lori sampah...

Tetapi..

Don suka makan lembik..

Don suka cakar cushion..

Don suka melepak atas kerusi..

Don suka intai kucing dibawah..

Don suka makan hotdog..

Don suka makan biskut Tiger susu..

Don suka tidur atas katil,atas bantal...suka aircond..

Don suka panjat atas almari baju..

Don suka akan kucing baru.. Don sayangkan kucing baru..seolah-olah ahli keluarganya sendiri.

Istimewa sungguh kucingku Don..

Kini Don sudah pergi tinggalkan ku..

Tanggal 16 MAC 2011..

Hatiku sedih sangat kehilangannya...

Sebelum ia pergi.. Don sudah jatuh sakit..

Kerap kali kencing berdarah..

Dan darahnya merata-rata didalam rumah..

Bulunya mulai tiada..hampir botak..


Ku kehilangan teman yang gemar bermain sembunyi-sembunyi dengan ku..

Masih segar lagi di ingatan..

Ku bermain sembunyi2 dengannya..

Ku akan mencuit badannya dan dengan pantas ku lari sembunyi..

Kemudian.. Don akan berlari mengejar dan mencari ku..

Hahahhaha..seronok..!!

Tapi itu semua hanya tinggal kenangan...

Doaku agar Don gembira disana..kembali dengan pada maha Pencipta..

Amin...

Miowwww..~


don@etam 07-11

Tuesday, March 15, 2011

tEdDy bEar in IsLaM

Teddy bear?? Kawaiiii...!!

Comel... geram sangat nak peluk.kan??

Ramai girl yang frust bout this..

Tapi apa boleh buat... nak yang kekal di dunia ke..di akhirat??

Renung2 kan laa...hurmmm~

Bolehkah menyimpan patung di rumah-rumah sebagai perhiasan? Hmm.. Pada asasnya, Islam mengharamkan patung atau boneka yang disucikan atau dimuliakan.

"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaanmu itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah."(Surah Al-Hajj, ayat 73)

Manakala patung atau boneka yang diharuskan ialah patung mainan kanak-kanak kerana ia bukan patung untuk dimuliakan, diagungkan dan bukan untuk tujuan bermegah-megah, kerana Aisyah ra, ummul mukminin sendiri pernah bermain dengan patung semasa masih kecil... Ini berdasarkan hadith berikut:-

Dari Aisyah ra,

أنها كانت تلعب بالبنات عند رسول الله صلى الله عليه وسلم

Terjemahannya: "Aku biasa bermain boneka di sisi RasuluLlah SAW” (HR Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2440)

Namun, syarat-syaratnya juga ada, iaitu syarat patung yg dibolehkan ialah patung yang tidak cukup sifat.

مر برأس التمثال فليقطع حتى يصير كهيئة الشجرة

Terjemahannya: "(Jibril AS berkata) Perintahkan agar kepala patung itu dipotong. Maka dipotonglah patung itu sehingga menjadi seperti pokok." HR Abu Daud, anNasa’iy, Termidzi dan Ibn Hibban, disahihkan oleh al- Albani dalam Ghayatul Maram (131)


'Kalau patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekadar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak.

Oleh kerana itu kata Aisyah: "Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut kerana takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dan dalam salah satu riwayat diterangkan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahawa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya." (Riwayat Abu Daud)

Maka begitulah kedudukan patung dan boneka di sisi syara’. Jika boneka itu sasarannya untuk permainan kanak-kanak, maka diharuskan. Jika ia tidak cukup sifat, pun dibolehkan juga. Jika selain itu, misalnya boneka untuk kemegahan dan tujuan untuk diagungkan, maka ia adalah haram. Wallahua'lam' (al-Qardhawi, petikan dari Halal & Haram)

Antara dalil-dalil lain yang melarang, sebuah hadith juga dari Aisyah r.a. katanya,:

"Sesungguhnya ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di dalam gereja itu ada sejumlah patung. Sabda nabi s.a.w,: "Sesungguhnya orang-orang itu jika yang meninggal di antara mereka orang soleh, mereka membuatkannya masjid di atas kuburannya dan mereka buatkan patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah pada hari kiamat.” (HR Bukhari)

Kenapa Islam tak bagi menyimpan patung walaupun sekadar untuk perhiasan/bantal peluk dsb (selain kanak-kanak dimana ia rukhsah)?

Hmm...Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir..

Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.

Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.

Dari Abu Hurayrah ra:

لا تدخل الملائكة بيتا فيه تماثيل أو تصاوير

Terjemahannya: "Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada patung dan lukisan." (HR al-Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2112)

Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja. (Lihat hadith Aisyah di atas)

Namun begitu di zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Nabi s.a.w. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya.

Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar... Berhati-hatilah dalam tindakan kita, jauhilah perkara yang syubhah, kerana ia merupakan tanda ketaqwaan seseorang kepada Allah swt....


Kesimpulannya, daripada artikel di atas, patung/boneka dsb hanya dibenarkan dalam dua situasi, iaitu apabila kanak-kanak bermain dengannya, dan jika terdapat kecacatan pada patung tersebut...

Allah knows best~

k.a.m.i

Monday, March 14, 2011

nAk cUkUr kEninG??

Tidak menghairankan jika kelihatan ramai gadis2, wanita2, warga emas2 diluar sana yang kini tidak memiliki kening lagi..

Bila mandi..pasti mereka ini akan menjerit jerit..’kening aku hilang...!!!’

Memanglah hilang..dah kau cukur. Bengom.

Ada yang mencukur kening dengan alasan kening yang dulu tidak cantik..

Mencukur kening untuk Andaman pengantin...

Mencukur kening kerana mengikut trend..

Cukur ke.. Cabut ke... sama jer.. seperti mengubah kejadian Tuhan..

Termasuklah dengan alasan semua ini untuk suami...

Takleh pakai langsung alasan tuh..

Hukum mencukur bulu kening walaupun dengan niat untuk berhias kepada suami adalah haram kerana ia termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah s.w.t.

Ini selaras dengan Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

" ...... dan Allah melaknat perempuan-perempuan yang mengubah ciptaan Allah untuk tujuan kecantikan " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

So.pikir2kanlah sebelum nak cukur kening anda itu~


k.a.m.i

Sunday, March 13, 2011

sukE waRnakAn rAmbUt??

k.a.mi just nak share benda neyh jer..

untuk kebaikkan semua gak..

walaupun kubur masing2..tapi xsalah rasenyer tegur sesame Islam..

kan?


Hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari aspek tujuan, jenis pewarna dan pihak-pihak yang terlibat. Tujuan mewarnakan rambut bagi wanita bagi tujuan kecantikan dan kesihatan sepertimana dituntut oleh islam hukumnya adalah harus. Walaupun begitu kecantikan yang ingin dipamerkan hanyalah kepada suami dan mahramnya dan bukan untuk dipamerkan kepada pihak lain. Di sini kebenaran daripada suami adalah diperlukan. Jika tujuan untuk mewarnakan rambut supaya dapat dipamerkan kepada bukan mahramnya maka hukumnya haram walaupun dengan kebenaran suami.

Selain itu, keharusan mewarnakan rambut diikat dengan syarat-syarat berikut:

1. Pewarna yang digunakan bukanlah bersifat kekal. Jika kekal dan tidak boleh dihilangkan maka ia termasuk dalam masalah mengubah ciptaan Allah yang diharamkan


2. Pewarna yang digunakan mestilah dari yang suci dan halal


3. Perbuatan mewarnakan rambut tidak mendatangkan mudharat seperti kanser, sakit kulit dan lain-lain implikasi


4. Memutihkan rambut dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik. Ianya makruh


5. Mestilah serap air agar wudhuk dan mandi wajib sah.


6. Bagi perbuatan mewarnakan rambut putih/uban dengan warna hitam bagi menyembunyikan usia adalah dilarang sama ada bagi lelaki ataupun wanita.

Kesimpulannya warnakan rambut neyh..jatuh hukum haram jika sekadar untuk menunjuk dihadapan orang awam selain daripada suami sendiri..

Hanya suami seorang diri sahaja yang boleh melihatnya.

X faham2 lagi ke???

Wassalam...

k.a.m.i


Tuesday, March 8, 2011

oRang yanG SUKE,GEMAR,AKTIF meNgUmpaT.!

kami benci tol laa..orang yang mulut cam bangkai neyh...

semoga orang2 yg mcam neyh..dapat balasan kelak.!!

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ……….Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya………



Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)



Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada disamping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.



Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar. Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan.



Rujukan

1. al-Quran al-Karim

2. Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam



k.a.m.i

Sunday, March 6, 2011

enteRing MaC..!!


Mac bermula dengan adventure yang agak memenatkan and full of surprise..!!

1st advevnture di mulai oleh Mrs.Al Amin..

She went 2 Malacca with her friends..

Bangun awal tu..perghhh..!!

Sampai Melaka dalam pukul 2ptg..lewat dah..cuz hampir2 nak sesat..hahahhaha...

Pergila Zoo...

Tiket Rm7.00 jer..


Zoo Melaka

Pengalaman yang xleh dilupakan is when..Mrs.Al Amin go near the pony cage and suddenly one of the pony stick its head out..! and then she go...AAaaaAAAaaaaa...!!!!!!!!!!!!!!!

Hahahahahhahha....i cant imagine her face at that time..!

Dari pukul 2..sampaila pukul 5petang merayau kat dalam Zoo...


Pony..

Lepas tu..she went to Dataran Pahalawan...

Beli baju Body Glove..her favourite...

Jam dah nak dekat pukul 7petang..so quickly she drive to Kota A’Famosa...snap a few pictures...

This is time..for..dinner..!!!


Mrs.Al Amin with Nad

Malam tu pergi Umbai..cuz ikan bakar and seafood di c2 memang besttt..

Ketam?? Kerang??

Mrs.Al Amin makan sorang jer....ish3.

Mengantukkkkk....drive punye drive..akhirnya sampai gak kat umah..pukul 11malam..

Tibe2 jer ade sms masuk lak..

Mr.Al Amin nak datang besok pulak....!!!!!

Stay tuned~

Wednesday, March 2, 2011

rEaD tHis...!!!

Marilah kita renung2kan.. yang baek anda ikutlah.

Yang xbaek..anda jangan amek pot..hu3.

Adalah someone neyh..yang ku xberapa kenal pun..

Tpi galak kali menarik perhatian ku..

Xthula bakpe..

Status bini orang..anak xdop agi.

Mulut cam buntut itik nila.

Secara logiknya la kan..

Apabila sudah menjadi isteri orang..bermaksud anda telah melangkah ke alam baru..

Haruslah berfikiran matang..percakapan dijaga agar tidak mengundang perasaan marah orang lain.

Menjaga adab dan aib keluarga sendiri..

Betul tak????????????

Tetapi ini sebaliknya...

Mempersendakan ahli keluarga sendiri..menjadi bahan ketawa ramai2..

Astaghfirullah...

Manusia seperti ini tidak boleh berfikir ke??

Malas untuk berfikir??

Bercakap seperti budak2 hingusan lagi..

Come on..grow up la tenuk oiiii...

Sometimes..i feel pity for this human being... malukan diri sendiri.!

Suka cakap macam la dier tu hebat sangat...VORMIT..VORMIT...!!!

Mungkinkah dirimu itu cemburu akan orang lain yang jauh lebih hebat daripada kamu???

Get a life.!!

My advice is...mind your own business.!

Sucker..!!