Anda membuat keputusan utk membela anak kucing. Kini anda telah bersiap sedia untuk memilikinya. Penjagaan anak kucing yang rapi dan betul adalah penting kerana ia akan mencerminkan bagaimana anak kucing ini akan menjadi dewasa kelak. Berikut adalah 10 cara untuk anak kucing anda membesar dengan penuh yakin, dan penuh kasih sayang sehingga umur menjadi kucing dewasa.3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk, “grooming”, mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung), dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandi jika kucing dalam keadaan kotor. Jika anak kucing berasa selesa dengan semua aktiviti ini, akan menjadi mudah untuk anda melakukannya apabila anak kucing menjadi dewasa.
4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk, ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dan lain lain. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru, dan gembira.
7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contoh nya, mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat yang tinggi, mencakar langsir, dan lain lain. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan “Stop” atau “JANGAN” (jangan menjerit, guna nada suara yang rendah sahaja), dan alih kan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. Adalah mudah untuk mengajar anak kucing sewaktu mereka kecil berbanding mengajar kucing dewasa. Maka, anda perlu membuat undang-undang kepada anak kucing – yang boleh di buat, dan tidak boleh di buat, tempat yang boleh di masuki dan tempat yang di larang. Kucing adalah haiwan yang mudah memahami kehendak kita.
10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakkan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terima lah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukan nya sesuatu yang mudah.
k.a.m.i





0 comments:
Post a Comment