Monday, March 14, 2011

nAk cUkUr kEninG??

Tidak menghairankan jika kelihatan ramai gadis2, wanita2, warga emas2 diluar sana yang kini tidak memiliki kening lagi..

Bila mandi..pasti mereka ini akan menjerit jerit..’kening aku hilang...!!!’

Memanglah hilang..dah kau cukur. Bengom.

Ada yang mencukur kening dengan alasan kening yang dulu tidak cantik..

Mencukur kening untuk Andaman pengantin...

Mencukur kening kerana mengikut trend..

Cukur ke.. Cabut ke... sama jer.. seperti mengubah kejadian Tuhan..

Termasuklah dengan alasan semua ini untuk suami...

Takleh pakai langsung alasan tuh..

Hukum mencukur bulu kening walaupun dengan niat untuk berhias kepada suami adalah haram kerana ia termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah s.w.t.

Ini selaras dengan Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

" ...... dan Allah melaknat perempuan-perempuan yang mengubah ciptaan Allah untuk tujuan kecantikan " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

So.pikir2kanlah sebelum nak cukur kening anda itu~


k.a.m.i

Sunday, March 13, 2011

sukE waRnakAn rAmbUt??

k.a.mi just nak share benda neyh jer..

untuk kebaikkan semua gak..

walaupun kubur masing2..tapi xsalah rasenyer tegur sesame Islam..

kan?


Hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari aspek tujuan, jenis pewarna dan pihak-pihak yang terlibat. Tujuan mewarnakan rambut bagi wanita bagi tujuan kecantikan dan kesihatan sepertimana dituntut oleh islam hukumnya adalah harus. Walaupun begitu kecantikan yang ingin dipamerkan hanyalah kepada suami dan mahramnya dan bukan untuk dipamerkan kepada pihak lain. Di sini kebenaran daripada suami adalah diperlukan. Jika tujuan untuk mewarnakan rambut supaya dapat dipamerkan kepada bukan mahramnya maka hukumnya haram walaupun dengan kebenaran suami.

Selain itu, keharusan mewarnakan rambut diikat dengan syarat-syarat berikut:

1. Pewarna yang digunakan bukanlah bersifat kekal. Jika kekal dan tidak boleh dihilangkan maka ia termasuk dalam masalah mengubah ciptaan Allah yang diharamkan


2. Pewarna yang digunakan mestilah dari yang suci dan halal


3. Perbuatan mewarnakan rambut tidak mendatangkan mudharat seperti kanser, sakit kulit dan lain-lain implikasi


4. Memutihkan rambut dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik. Ianya makruh


5. Mestilah serap air agar wudhuk dan mandi wajib sah.


6. Bagi perbuatan mewarnakan rambut putih/uban dengan warna hitam bagi menyembunyikan usia adalah dilarang sama ada bagi lelaki ataupun wanita.

Kesimpulannya warnakan rambut neyh..jatuh hukum haram jika sekadar untuk menunjuk dihadapan orang awam selain daripada suami sendiri..

Hanya suami seorang diri sahaja yang boleh melihatnya.

X faham2 lagi ke???

Wassalam...

k.a.m.i


Tuesday, March 8, 2011

oRang yanG SUKE,GEMAR,AKTIF meNgUmpaT.!

kami benci tol laa..orang yang mulut cam bangkai neyh...

semoga orang2 yg mcam neyh..dapat balasan kelak.!!

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ……….Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya………



Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)



Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada disamping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.



Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar. Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan.



Rujukan

1. al-Quran al-Karim

2. Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam



k.a.m.i

Sunday, March 6, 2011

enteRing MaC..!!


Mac bermula dengan adventure yang agak memenatkan and full of surprise..!!

1st advevnture di mulai oleh Mrs.Al Amin..

She went 2 Malacca with her friends..

Bangun awal tu..perghhh..!!

Sampai Melaka dalam pukul 2ptg..lewat dah..cuz hampir2 nak sesat..hahahhaha...

Pergila Zoo...

Tiket Rm7.00 jer..


Zoo Melaka

Pengalaman yang xleh dilupakan is when..Mrs.Al Amin go near the pony cage and suddenly one of the pony stick its head out..! and then she go...AAaaaAAAaaaaa...!!!!!!!!!!!!!!!

Hahahahahhahha....i cant imagine her face at that time..!

Dari pukul 2..sampaila pukul 5petang merayau kat dalam Zoo...


Pony..

Lepas tu..she went to Dataran Pahalawan...

Beli baju Body Glove..her favourite...

Jam dah nak dekat pukul 7petang..so quickly she drive to Kota A’Famosa...snap a few pictures...

This is time..for..dinner..!!!


Mrs.Al Amin with Nad

Malam tu pergi Umbai..cuz ikan bakar and seafood di c2 memang besttt..

Ketam?? Kerang??

Mrs.Al Amin makan sorang jer....ish3.

Mengantukkkkk....drive punye drive..akhirnya sampai gak kat umah..pukul 11malam..

Tibe2 jer ade sms masuk lak..

Mr.Al Amin nak datang besok pulak....!!!!!

Stay tuned~

Wednesday, March 2, 2011

rEaD tHis...!!!

Marilah kita renung2kan.. yang baek anda ikutlah.

Yang xbaek..anda jangan amek pot..hu3.

Adalah someone neyh..yang ku xberapa kenal pun..

Tpi galak kali menarik perhatian ku..

Xthula bakpe..

Status bini orang..anak xdop agi.

Mulut cam buntut itik nila.

Secara logiknya la kan..

Apabila sudah menjadi isteri orang..bermaksud anda telah melangkah ke alam baru..

Haruslah berfikiran matang..percakapan dijaga agar tidak mengundang perasaan marah orang lain.

Menjaga adab dan aib keluarga sendiri..

Betul tak????????????

Tetapi ini sebaliknya...

Mempersendakan ahli keluarga sendiri..menjadi bahan ketawa ramai2..

Astaghfirullah...

Manusia seperti ini tidak boleh berfikir ke??

Malas untuk berfikir??

Bercakap seperti budak2 hingusan lagi..

Come on..grow up la tenuk oiiii...

Sometimes..i feel pity for this human being... malukan diri sendiri.!

Suka cakap macam la dier tu hebat sangat...VORMIT..VORMIT...!!!

Mungkinkah dirimu itu cemburu akan orang lain yang jauh lebih hebat daripada kamu???

Get a life.!!

My advice is...mind your own business.!

Sucker..!!

Monday, February 28, 2011

P.m.S

Setiap bulan semua kaum hawa akan menghadapi masalah yang serupa.

Begitu juga Mrs.Al Amin..

Saban hari akan mendengar rintihan daripadanya..

Ciannya dier....

Dier akan jadi cepat marah and emo tak tentu pasal.

Habis Mr.Al Amin dimarahnya tanpa sebab yang munasabah..

Nasib baikla Mr.Al Amin neyh jenis yang understanding and penyabar..

Sikit pun tidak ambil hati..cuz dier tahu Mrs.Al Amin just PMS..

1st day PMS adalah masa yang amat2 bagus untuk menjauhkan diri daripadanya.

Selalunya 2 atau 3 hari PMS..lepas tu..okla.

Kaum Adam memang tidak mengetahui dan merasai apa yang kaum Hawa rasa..

Tetapi hendaklah beri kerjasama pada mereka dengan cuba untuk memahami.

Jika pada hari itu dier asek marah2 jer...step back.

PMS..!!

PMS or NOT...

Mr.Al Amin still luv Mrs.Al Amin..

k.a.m.i

oLLa MAC~

Olla Mac...

February meninggalkan seribu satu kenangan yang paling manis dalam hidup kami.

Penuh dengan adventure yang kami sendiri tak pernah impikan.!

Bulan baru bermaksud a new adventure begin~

Kami x tahu lagila what kind of adventure it will be.

Bulan neyh agak tough sikit..cuz of financial problem.

Tetapi itu tidak bermakna kami tidak akan berjumpa..hehehhe~

Kami tetap K.A.M.I

K.A.M.I