Sunday, August 25, 2013
paNtang laRang sebElum jadI miLik yOu..!!
Kat cni adelaaa..beberapa pantang
larang sebelum nak kawen..
Xtahula nak ikut ke x…
(hubby..mcam mane???)
1- Jangan makan nasi dengan gulai
berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
2- Elakkan makan ulam yang berbau busuk
seperti petai dan jering.
3- Elakkan minum air berkarbonat kerana
ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
4- Kurangkan makan makanan yang manis
kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat
ketika bersama.
5- Kawal makan iaitu sekali makan setiap
hari (mengikut sesetengah adat)
6- Elakkan terlalu banyak makan makanan
laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
7- Amalkan makan telur ayam kampung 2
kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
8- Bagi mereka yang banyak angin, minum
air halia utk membuang angin.
9- Elakkan minum air soya kerana ia
sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
10- Elakkan minum minuman keras dan
merokok.
11- Amalkan makan jamu supaya malam
pengantin tidak mengecewakan.
13- Elakkan makan dan minum seperti sayur
bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar
muka nampak segar.
14- Jangan makan kepala ayam nanti
mengantuk masa bersanding.
15- Jangan makan bersulam air kerana
dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
16- Jangan bercermin terutama selepas
maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
17- Dilarang memandang cermin ketika
disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
18- Dilarang membuang alis kerana perbuatan
tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
19- Elakkan terkena cahaya matahari
kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
20- Jangan bercelak atau berlangir serta
memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
21- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan
seri muka.
22- Jangan keluar dengan pasangan selama 40
hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia
bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan
yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
23- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan
kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin
mengalami kemalangan jika berada di luar.
24- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana
takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
25- Jangan tidur di rumah orang kerana
takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga
lelaki (simpan diri).
27- Jangan berembun atau keluar malam
bagi mengelakkan unsur jahat.
28- Elakkan mandi malam kerana tidak elok
untuk sendi-sendi.
29- Jangan membuang air kecil dan air
besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh
melemahkan organ seks.
30- Kaum lelaki elakkan memakai seluar
dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk
organ seks kerana darah tidak mengalir.
31- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula
membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
32- Jangan memuaskan nafsu dengan cara
sendiri.
33- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga
lapan jam sehari.
34- Banyakkan baca surah-surah bagi
mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
35- Belajar ilmu rumahtangga daripada
orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri
supaya rumahtangga aman dan damai.
36- Sebelum menjadi pengantin, katil
kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
37- Bilik lelaki atau wanita jangan
dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi
mengelak dari dikhianati orang lain.
38- Selepas nikah mesti ada peneman tidur
sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
39- Jika telah nikah gantung tidak boleh
bersama.
40- Jangan buat kerja yang berat. Bila
pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami
gangguan emosi.
41- Jaga pertuturan agar tidak
menimbulkan rasa sakit hati.
42- Kedua pengantin dilarang bercakap
ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
43- Lempar baju di atas bumbung rumah
tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis
berlangsung.
Oleh itu..terpulanglah
kpd anda..
Wahhh..excited dah
aq neyh..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment