Saturday, February 2, 2013
thE stOry in feB
Kisah mengenai
seorang gadis yang merindui kekasih hatinya.. kerap kali mengguris hati kecil
si gadis itu.. namun beliau tetap sabar kerana itu sudah kehendak-Nya..
Malam itu
si teruna pulang ke rumah dan seperti biasa juga si dara akan tetap menunggu.
Walaupun
si dara kerja tidak menentu..tetapi hatinya tetap memberontak ingin bertemu
dengan si teruna..
Malam sebelumnya
si teruna membuat panggilan.. mereka berbual bual..mengimbau kembali detik
detik pertemuan mereka berdua. Sebelum mematikan talian si teruna pun berjanji
akan berjumpa untuk “pecah laju” bersama.
Baiklah.
Si gadis memegang janji tersebut..
Keesokkan
harinya, si gadis telah menunggu si teruna di tempat kerjanya seawal yang
mungkin. Namun apa yang diharap hampa.. tidak menjadi kenyataan...
Tiada sebarang
jawapan mahupun panggilan dari si teruna.. tergamak.
Setidak
tidaknya..jika tidak dapat muncul seperti yang dijanjikan.. tidak salah rasanya
jika beritahu. Tidak baik membuat seseorang itu tertunggu-tunggu.. ternanti
nanti tanpa sebarang jawapan..
Terguris
lagi hati kecik si dara..
Kemudian
si dara mengambil keputusan untuk membuat panggilan,, bertanyakan mengapa
kepada si teruna.
Sekali
lagi jawapan yang di beri oleh si teruna mengguris hati kecilnya.. tidak
disangka si teruna sudah pun keluar dari situ..tanpa sepatah kata pun~
Hendak
menangis pun tiada guna.. air mata barangkali sudah kering dan malas hendak
menitis keluar untuknya lagi..
Hanya ucapan
terima kasih yang mampu diberikan kepada si teruna..
Panggilan
dimatikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment