Sunday, December 16, 2012

18sX


Laugh Out Loud..!!
Warna sesuatu kertas melambangkan...
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "

Fantasi Pemandu Teksi
Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi
iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa
kehairanan... Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"
Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium
seorang Nurse..."
"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang
memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih
single" kata Nurse...
Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".
Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu
selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga
bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang
kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

Kisah Suami Isteri
Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil
berbual-bual mesra...
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun
kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata
Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut
untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh
tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak
lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito
tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi
makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok
comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut...
.tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu
jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak
ko!!!!!!!!!!

Malam Pertama
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak
ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik
pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam
disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar
walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke
katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya
mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan
senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi
telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji
isteriku.
"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi
halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria
bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini
terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan
segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang
benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua
orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang
masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam
loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!
TAMAT
Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee



MALAM PERTAMA PART 2
Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara
akad nikah,mak pengantin lelaki menasihati anaknya.”Nak.. apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama,maka kamu harus kata,kapal terbang ingin mendarat”. Emak pengantin perempuan pula menasihati anaknya. “Nak..bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat,maka jawablah.Lapangan terbang sudah sedia “.

Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba.Si suami tak sabar-sabar dan apabila
malam tiba,hatinya berdebar-debar. Dia mendekati si isteri lalu
mengatakan “Yang….Kapal terbang ingin mendarat” Si isteri seperti tidak faham
dan berkata “Saya penat bang …Mari kita
tidur.” Si suami hampa.Namun dalam hatinya berkata,”Tak apa mungkin
isteri aku malu.Beri dia peluang kedua”

Tiba malam kedua “Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal
terbang ingin mendarat.” Malangnya si isteri masih tidak faham kerana
suaminya ketika itu memegang surat khabar.Dalam hatinya berkata….”Berita apa pula ini?Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun.Tak ada kena mengena dengan aku.” Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang ….janganlah baca surat khabar lagi….mari kita tidur ….” Si suami hampa lagi.Tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”

Tiba malam ketiga.Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu
pasti malam ini dia pasti dapat.Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata “Mana ada kapal terbang !!” Melihatkan si isteri menggelengkan kepala,si suami hampa dan berkata dalam hati “Kejamnya isteriku….membiarkan aku menunggu
selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.” Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya “Ibu kenapa suami saya
setiap malam berkata,kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata
“Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata “Saya tidak jawab apa-apa…”Si ibu berkata lagi.”Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama?Sepatutnya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia sebagai tanda bersetuju ” Oh saya lupa lah ibu….Tak apa.Malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul.”

Maka tiba malam keempat.Si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa
tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut,Si isteri tertanya-tanya.Bilakah gerangan si suami akan bertanya.Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu
lagi?Apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri?” Lalu si isteri pun
mendekati si suami dan terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia.”, Si
suami kerana terlalu geram dengan si isteri,dengan muka yang masam
menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK.”

Enjoy...penat tergelak..hahahhaa... Gotcha.!!





0 comments:

Post a Comment