Thursday, May 3, 2012
BERSIH = KOTOR
Salam.. salam 1 Malaysia.. walaupun hanya nampak diluaran sahaja yang kita semua ini adalah penduduk warga 1 Malaysia. Hakikatnya hanyalah pada nama..
Diri ini terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati kecil ini. Sunggupun diri ini berasa amat kerdil dihadapan mata mata Dato” Datin’ Tan Sri Puan Sri, Doktor Peguam.. tetapi diri yang kerdil ini sangat berasa bangga dengan apa yang ada.!
Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan Perhimpuan oleh mereka-mereka yang menganggap diri mereka sangat BERSIH dan suci, telah MENGOTORkan nama baik Malaysia dengan bertindak seperti di zaman JAHILIAH.
Hati kecil ini menangis melihat kejadian seumpama itu berlaku. Hati ku berdetik. Inikah 1 Malaysia? Aku berada di Malaysiakah sekarang ini?? SubhanALLAH...
Kejadian seumpama ini sering kali menghiasi iklan-iklan berita-berita dada akhbar.. apabila PILIHANRAYA menjelang tiba. Yess..!! saya berani berkata begitu kerana jika anda perhatikan nama atau muka si PENCABUL itu kerap muncul hingga menimbulkan rasa meluat dalam diri. Politik politik.....
Saya seorang pekerja yang makan gaji.. begitu juga dengan sebilangan ahli keluarga saya. Aksi-aksi yang melampau telah saya lihat semasa perhimpuan KOTOR itu. Tergamak mereka memukul, memijak, memanjat.. dan segala ME lagilah. Cuba bayangkan ahli keluarga anda yang diperlakukan seperti begitu, apakah perasaan anda?? AYAH anda sedang disepak terajang oleh manusia durjana.! Seolah-olah kita ini kembali di zaman Jahiliah.. zaman lampau. Bukankah kita ini sudah maju?? Kononya laa~
Dimanakah undang-undang kita yang diagung-agungkan itu?? Bilakah boleh diguna pakai?? Haruskah RASUAH juga terlibat dalam hal ini?? Adakah menjadi seoarang anggota POLIS merupakan satu DOSA BESAR? Hingga hendak dibunuh dihapus dari muka bumi ini??
Mengapakah begitu cetek pemikiran kita sekarang? Adakah di dalam ISLAM ada menyuruh kita untuk berkelakuan seperti itu? HADIS manakah itu?? SUNNAH manakah??
Dunia semakin hampir kiamat. Sedarlah wahai manusia dengan apa yang anda lakukan.. kembalilah ke jalan ALLAH S.W.T.
k.a.m.i
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment