Tuesday, May 10, 2011

Iman Neo

Kisah ini merupakan kisah benar yang diolah semula oleh Mrs.Al Amin sempena majlis perkahwinan seseorang yang istimewa.. Neo Min Yoong atau kini lebih dikenali sebagai Mohamad Iman Neo..

Alhamdulillah kerana seorang lagi insan telah memeluk islam.

Ain mula mengenali Neo sejak dari tingkatan1 lagi..tahun 2001 dan sehingga tamat SPM pada tahun 2005.

Neo seorang lelaki Cina yang baik hati dan pendiam. Neo sangat pandai melukis tetapi lemah dalam Maths. Jika Neo menjawat jawatan sebagai Pengerusi kelab.. Ain mesti menjadi setiausahanya. Apa-apa aktiviti pasti akan dilakukan bersama.

Seronok. Neo suka buat lawak. Neo juga sanggup menghantar Ain pulang ke rumah walaupun berjalan kaki..

Ain tidak tahu bahawa Neo memang ada hati padanya.. zaman sekolah menengah adalah yang paling menyeronokkan.!

Tapi kini Neo bakal bergelar seorang suami tidak lama lagi..

11/6/2011 adalah tarikh keramat baginya. Dengan pilihan hati yang telah mengubah kehidupannya sebagai seorang muslim, hamba Allah yang sejati..

Dibawah adalah coretan serba sedikit tentang perkenalan diantara Neo dan bakal permaisuri beliau....

pada mulanye aku kenal dgn dia masa anak kawan ayah aku nk cari keje kat giant ,dan masa tu anak kawan ayah aku tu ada la bawak kawan dia gi interview sekali ,x tau la knpe aty aku masa tu berdegup kencang bila kawan dia pandang kat aku dan aku lak rasa segan nk pandang wajah dia ,dn masa tu yg aku tau aku kena support dia orng dapat keje.....

sehari selepas dia orng dapat keje ,yg anak kawan ayah aku tu bz lak dgn keje dia dn kawan dia tu lak kesunyian dan makan sorang2 kat foodcourt aku pun bersapa la dgn dia " Hai ape khabar ,makan sorang2 aje ker ,mana kawan kamu....dia pun mengeleng kepala sbb masa tu sbnrnye dia tngh makan...aku pun mula bergurau dgn dia..agak2 hampir setiap hari la aku temankn dia waktu rehat tu...biarpun lepas keje pun aku sanggup temankn dia ,dn tunggu sampai dia habis keje ,teman dia balik umah sewa dia kat taman cempaka dulu ,masa tu aku x de kereta mahupun motorsikal...lepas keje je kalau dia shift petang aku akn datang teman dia makan ,dan teman dia balik umah sewa dia....biar penat mcm mana sekalipun aty aku masa tu ,aku cuma pikir dia aje sbb bg aku dia la semangat aku.....tiap hari aku jalan kaki dari rumah aku atas sbb nk jg keselamatan dia dn nk pastikn dia dh makan je....

Bertuah la badan jika dapat memiliki lelaki sebaik Neo Min Yoong... doa dari k.a.m.i agar Neo dan pasangnya hidup bahagia hingga ke anak cucu.. Amin~


k.a.m.i

1 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum.....Trime kasih diucapkn kepada kawan baik saya Mrs.Al Amin ,saya dan pasangan saya juga akan mendoakn agar semoga hasrat dan impian anda akan tercapai juga ,tp kita kena sentiasa ingat kata2 semangat yg cikgu beri kat kita masa kat SMKS dulu "dimana ada kemahuan ,disitu ada jalan " ataupun " Usaha Tangga Kejayaan "....Jd walau ape sahaja kemahuan kita ,kita kena la berusaha untuk menjayakannye.....nescaya permintaan anda akan menjadi kenyataan.....Akhir kata daripada saya " kawan anda sentiasa mendoakn kebahagiaan rakan karib nye ".....Amin...

Post a Comment