Friday, April 20, 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Salam.. k.a.m.i ada benda nak share kat cni.. renung2kanlah..... 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. " So..bacalah dengan tenang dgn jiwa yg bersih... k.a.m.i

Thursday, April 19, 2012

baD moOd.!

Hari ni rase cam nk bunuh orang jer laa~ sakit hati tol. Apa yang diharapkan xmenjadi akibat perbuatan orang lain aq yg merana. Nasib baik la ade orang blnje aq breakfast tadi. Lega sikit nk marah org.! Kite kje penat2... g ops balik lewat pagi.. nak claim la kerja lbh masa.. tup tup.. ade org dengki lak kat kite... nak buat mcm mane.. kite pun sabar jela..
Walaupun aq tahu siapa yg buat.. tpi buat xtahu jela.. aq yakin, Allah tu Maha Kuasa.. kebenaran akan muncul nanti. Amin..amin..amin.... Memang cabaran n dugaan tol kje gomen neyh weyh... aka nada orang yg xpuas hati, dengki dengan kite nnt. Dier pkir dier jer yg betul... walaupun bnde tu dh terang2 salah. Ahahahahhaha.. kesian kat org yg camtu. Sejak akhir2 neyh hati aq ni cepat terusik. Xtahula nape... timbul rase cemburu bila dpat tahu or dgr kwn2 yg nk kawen.. bg kad kawen..suh aq dtg... spupu2 aq kawen... aq???m hahahha... enjoy giler der~ Mungkin aq pun nk rase camtu.. tpi yelah.. bile pkir2 blk dgn family aq yg cmni.. fmly dier cmtu.. aq lupekan jer niat. Berangan2 jela kan? Awal bulan 5 neyh adik Mr.Al Amin lak kawen. Untunglaa badan~ boleh lak adik dia langkah2. Tpi dier xleh. What the mioww??!! Kalo aq buat novel la pasal kisah percintaan aq yg d larang.. kompom meletup. Habis cetakan pertama.! Tapi mmg aq bad mood sekarang neyh. Cam nk tumbuk2 jer muke org tu. Ishhhhh..!! Sabar jela~ k.a.m.i

Wednesday, March 28, 2012

Cute and Tiny BUT.........!!!!





Tanggal 23hb03 2012.. tercatitlah kisah aq dgn gigi bongsu ku..
Saiz bpkla kecik...dokter2 kat situ pun gelakkan aq sbb gigi aq neyh kategori kecik. “owww...so cute..and tiny..” tulah yg dorang cakap dari mule kerjakan aq smpai habis.

Aq mule saket gg bongsu neyh sejak dari bulan 8 tahun 2011 lagi.. mase tu baru sgt nk tumbuh.. cek2 kat dokter..xder pape. Kena tunggu dier naek sikit baru leh nmpk gg tu ok ke x.
Masuk bulan 10,2011 pulak.. dier sakit balik.. ya Allah...xtahan dah aq. Sakitnye bertambah menjadi2 pas aq mkn burger aym spicy McD. Balik tu..terus g kedai beli koyok tmpal.
Alololo....
Skip..skip..skip....


Baru2 neyh pulak dier buat hal lagiiiii....
Kali neyh terok btol. Habis lapisan sel muke aq kne makan dek gg bongsu. Sebab bila kita gigit makanan atau tutup mulut.. gigi bongsu tu secara xlangsung akan gigit lapisan pipi kita sikit. Dahla..cacat jadinyer....~
Tpi gigi bgsu ni mmg sakit...berdenyut2.. nak buat pape pun xleh.. nak melayan dierr jer.
Aq nekad g jmpe dokter and dokter terus bagi temujanji dgn Hospital Pakar Bedah.
Alamak.bedah??? aq neyh dhla penakut. Ahhhhh...xkesah dh sume tu. Nak sakit 1 ari ke.. atau nak sakit lame2?? Pilih....pilih....
So..aq pun beranikan diri untuk ke Hospital Pakar pagi tu..
Skip.... skip... skip.....


Bilik nk bedah No.1.. dokter pompuan India dgn Cina.. nmpak mude lagi...
Praktikel kot....ahhh sudah.matila aq..!
Dokter suruh aq g Xray gg bgsu.. sbb nk tgok, kena tulang ke x... okla fine.
Aq pun g xray... huwaaaaaa..... baru xray jer aq dah menangis.! Hahahahha...
Mane xnye... ade ke dier suh aq gigit getah yg mmg aq xleh nak gigit. Saket woooo..... Tuhan jer yg tahu saketnye camner. Pas dah xray dier suh aq balik kat bilik tunggu dier.

Adela..pmbantu dokter neyh... dier g pakai aq goggle putih. Aq xthula utk ape an... lutut aq neyh mengigil weyh....ya Allah.. rilekss...cool...
Penakut bebenor~
Bius...yes..bius... uuuuuu.....terasa sakit bila bius tu kat tmpat yang terdedah..dihadapan gigi..
Muke rase kembang..bibir...lidah....power tol bius neyh...
Aq nmpak dokter dh amek pisau...erghhh....
Ehh...xrase pape pun...~
Mule skali dier serang gigi bongsu aq yg bawah... lame gak laa... rase ditekan tekan..
Tibe2 aq dah dengar dorang cakap..’oww..so tiny and cute....”
Cute?? Cute tulah yg saket cam nk mampos.
Sekarang dorang nak jahit lak... serammmm aq nmpak benang and jarum. Eeeeee..... ngiluuuu..!!!


Ok..next gigi bongsu aq yg atas pulak...
Yang neyh dokter Cina plak yg buat.. sekejap jer dier buat. Dokter India tadi jer berjam2.ishh...
Dah sudah kumur2... dokter tu kate gigi you semua memang kecil2 lorr~ walaupun umur you dewasa. See.. so cute and tiny..but cause you so much pain haaa~
Aq pun tgok gigi aq yg dah dicabut tadi. A’ah la...
Memang kecik.. aduyaiii...


Tadi aq pergi check up.. dokter yang same jugak rawat aq.. dier nak bukak jahitan..
Cam beser..aq neyhkan penakut..hahahaha...
Bukak jahitan xderla sakit..xder rase pape pun.. tapi masih lagi rasa bengkak and ngiluuuu sgt2..
Pape pun aq bersyukur and bangga, sebab berjaya atasi masalah sakit yang dah lame aq tanggung.. akhirnya kini hilang..


Kepada sesape yg mengatekan rawatan di Hospital Kerajaan xbest..xbagus... anda silap.
Xsemua kakitangan sebegitu rupa, and aq amat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan.. terima kasih... SMILE.


CUTE AND TINY...BUT...........




K.A.M.I

Saturday, November 12, 2011

wilL keEp waiTinG~






My everything...

I want be the wind that fills your sail

Be the hand that lifts your veil


Be the moon that moves your tides
The sun coming up in your eyes
Be the spark that lights you up
All that you've been dreaming of
And more ... so much more
I want be your everything!


When you wake up

I'll be the first thing you see.

I'll cherish your words

I'll finish your thoughts
I'll be your compass when you get lost.


k.a.m.i


Friday, August 12, 2011

reSepi taRt nEnaS

Raye2..bile raye mestila kena buat kuih raye.. this time k.a.m.i buat tart nenas pulak… yg gebu dan sedapppp~

Senang jer nak buat…

1kg tepung gandum

1 bungkus buttercup

2 biji telur

2 biji kuning telur untuk disapu

2 sudu teh esen vanila

2 sudu teh esen nenas

marjerin (untuk lembutkan doh)

Bahan B;

1 biji nenas

1 1/2 cawan gula

sehelai daun pandan

Cara-cara:

gaulkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut

Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan

masukkan doh dalam acuan tart dan tekan kemudian letakkan jem nenas di atasnya kemudian gulung

sapu kuning telur di permukaan biskut

bakar hingga masak

siap untuk di hidang…


k.a.m.i

Monday, August 8, 2011

rEsepI saRang sEmUt...


Tadaaaa…. Kali neyh k.a.m.i buat kuih sarang semut plak… sedappppp…

Lemakkk.. emmmm..nyummy2.

Below de care2 nak buat. Cepattt try..!!

Bahan-bahan ( 60-100 biji )

250 gm butter

1/2 gelas gula

1/4 gelas tepung jagung

2 1/2 biji kuning telur

2 1/2 gelas tepung gandum

1 tea spoon esen vanila

coklat rice utk hiasan

Cara-cara

Butter dikembangkan bersama gula

Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan esen vanila

Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan sedikit2 ke dalam mentega tadi sehingga menjadi doh.

Sagat tepung dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Masukkan coklat rise (boleh juga guna ceri merah dan hijau)

Bakar dalam oven 150', api atas bawah selama 15-20 minit @ sehingga masak.

k.a.m.i dah buat and ok… cepattt…


k.a.m.i

rEsepI maMa carEy..

Bahan utk biskut

300 gram mentega

400 gram tepung gandum

100 gram gula aising

120 gram susu tepung penuh krim

100 gram tepung jagung

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung perlahan-lahan. Gaul rata dan sebati.

2. Canai doh dan terap mengikut acuan kegemaran

3. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 15 minit

Aising untuk hiasan:-

1 1/2 biji telur putih

150 gram aising

15 gram tepung jagung (diayak)

sedikit coklat emulco

1. Pukul putih telur hingga kental. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit

2. Masukkan tepung jagung

3. Gunakan pam. Hias pada

permukaan biskut dan corakkan dengan coklat emulco mengikut corak kesukaan

4. Biar hingga biskut dan aising kering dan keras. Jika suka bakar sekali lagi.

Selamat Mencuba..!!!


k.a.m.i