Thursday, May 19, 2011

Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition

Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition: "Sign the online petition to stop animal abuse and cruelty in Malaysia with tougher legislations, stricter enforcement and active prosecutions. Together, we can make a difference."

Sunday, May 15, 2011

14 May 2011

Hari neyh hbis Ops lambat giler... dari malam semalam smpai jam 11.00pgi baru selesai sume.. x cukup tido..lapar pulak tu.. tpi xper.. cuz hari neyh k.a.m.i nak jumpe and makan malam same...hehehehe...

Tgok cuaca macam nak ujan plak..nak jumpe pkul bape lak neyh??

Last2 set time nak jumpe pkul 3 petang.. SMS Mr.Al Amin..2ptg sharp dier on the way dari KL.. in the mean time..Mrs.Al Amin nak tido kejap..hu3.

Hati neyh..xtenang lsung selagi Mr.Al Amin xmuncul2 depan umah.. senang duduk la katakan.. sekejap2 bangun..sekejap2 duduk... hati neyh risau.. yelah takut jadi ape2 kat atas highway tu.. Ya Allah..selamatkanlah perjalanan Mr.Al Amin pergi dan pulang..jauhkanlah dia dari sebarang bencana dan malapetaka..amin....

Tepat jam 3.15petang.. Mr.Al Amin muncul di umah..yeayyyy yeayyy...hehehehe.. Mr.Al Amin masuk ke dalam umah dulu..untuk solat Zuhur.. selesai jer solat barulah k.a.m.i bertolak menuju ke destinasi..

First lokasi k.a.m.i pergi amek kawan2 Mrs.Al Amin di taman Desa Dahlia.. OMG Faza terpijak najis miow2 plak..habisla 1 keter bau.! Hahahahha....

Mane lagi sorang geng neyh?? Cittt..dier xsampai lgi pulak.. nak xnak kena la k.a.m.i pergi amek depan umah dier.. Hah, tu pun Juliea...

Lets enjoyyyyy.....!!!


Juliea and Faza 2gether...

Drive punyer drive lupe lak nak isi minyak keter..so k.a.m.i pun stop kat stesen minyak Petronas Matahari Height.. Mr.Al Amin isila...xkan Mrs.Al Amin pulak..hu3. Dah penuh barulah k.a.m.i bertolak ke S2. Faza nak belanjer tengok wayang..yuuhuuuuu~

Sampai kat Jusco S2..pergghhhh...banyak giler keter. Confirm xder parking. Pusing2..last2 k.a.m.i parking kat area Guardian Pharmacy. Biar jauh sikit xper..janji ade parking.hu3.

k.a.m.i pun terus naik ke tingkat 2..nak beli tiket.. malangnyer cerita yang k.a.m.i nak tengok semuanya start lambat. Hisyyy... Mrs.Al Amin xboleh balik umah lewat nanti takut Daddy marah.. kebetulan plak.. cerita tu k.a.m.i dah tengok..so xpayahla.. sorry ek Faza and Juliea.. perut pun lapar..soo..let’s eat..!!


All about her

on the way nak ke food corner..k.a.m.i sempat lagi beli Roti Papa@Papa Roti.. Mr.Al Amin la..ye2 suh Mrs.Al Amin try makan..kate nyer sedapp.. beli la jugakk nak test rase.. yeke sedap. YES..memang sedapppp..!!!


Muke kenyang

Here we are.. Pizza Hut.. Ishh..ramai tol orang time2 cam neyh. Tapi nasib k.a.m.i baek..cuz ade tempat kosong for us. Nak makan ape ek??? Mr. Al Amin pun order.. sebelum tu k.a.m.i sempat lagi bergaduh pasal nak order air..hahahha.. Faza dgn Juliea tgokkk jer k.a.m.i..hahhaha...

Mrs.Al Amin la yang mengidam nak mkan Pizza... haa..dah dapat.diam terus.hehhe.

Mrs.Al Amin, Juliea, Faza

Pas dah kenyang..k.a.m.i pun meronda2 dalam Jusco tu.. kwan2 Mrs.Al Amin sebuk try kasut sementara k.a.m.i gelak ketawa bersama..hahaha... kena kejar dgn Mr.Al Amin..hahaha... dah dapat..xlepasnyer..adehhh..


Trio

Juliea, Faza and Mrs.Al Amin memang xleh jumpe..cuz kitorang memang giler2.. berkawan sejak dari 2001 hingga sekarang. Alhamdulillah kami xtersalah pilih kawan.. semuanya berjaya. Amin...



PSP baru..

k.a.m.i terus naik ke tingkat 1 untuk solat.. selesai solat k.a.m.i pergi ke kedai Sony nak beli PSP..hehehhehe... selepas itu k.a.m.i snap a few pics cuz k.a.m.i suke mengabdikan that moment..so sweet.


Hehehe...



Mrs.Al Amin and Mr.Al Amin

Tak lame pas k.a.m.i snap pics..k.a.m.i pun terus gerak pergi City Park S2.. ramaiiiiiiiiiiiiii gilerrrrr..!!! dapat gak parking kat Windmill.. jalan la kaki...



City Park S2


Seronok dapat menghirup udara yang sejuk petang tu..angin bertiup jer.. hati pun senang disamping orang yang tersayang.. i love you..hik3.


Love YOU


Dah penat round..k.a.m.i pun terus singgah di windmill order Apple+Orange juice.. sedap gak la.. Tapi yang xsedap tu cuaca cam nak ujan... Mrs.Al Amin bimbangkan Mr.Al Amin jer...nak balik lewat2 malam..bahaya..kat highway tu.. so k.a.m.i pun beransur pulang... selepas menghantar Faza and Juliea pulang..k.a.m.i pun balik umah..untuk solat Maghrib and Isyak..


muke same??

Kat dapur..Mr.Al Amin suke sgt kacau Mrs.Al Amin buat keje. Nakal and sweet mamat sorang neyh tau.hehehhe... Mrs.Al Amin pun buatkan bakal suaminya air untuk diminum sebelum pulang.. sayang and sedih sangat nak berpisah..kalau boleh nak melekat jer 24jam.. kuatkanlah iman k.a.m.i ini..Ya Allah.. selepas mendapat ciuman syang dan bersalam.. Mr.Al Amin pun pulang..hilang dari pandangan mata.. semoga selamat sampai..amin...

Tamatlah sudah aktiviti k.a.m.i kali neyh... on the way aktiviti k.a.m.i yang baru.! Yesss...!! stay connected with k.a.m.i.

Wassalam..

k.a.m.i

Tuesday, May 10, 2011

Iman Neo

Kisah ini merupakan kisah benar yang diolah semula oleh Mrs.Al Amin sempena majlis perkahwinan seseorang yang istimewa.. Neo Min Yoong atau kini lebih dikenali sebagai Mohamad Iman Neo..

Alhamdulillah kerana seorang lagi insan telah memeluk islam.

Ain mula mengenali Neo sejak dari tingkatan1 lagi..tahun 2001 dan sehingga tamat SPM pada tahun 2005.

Neo seorang lelaki Cina yang baik hati dan pendiam. Neo sangat pandai melukis tetapi lemah dalam Maths. Jika Neo menjawat jawatan sebagai Pengerusi kelab.. Ain mesti menjadi setiausahanya. Apa-apa aktiviti pasti akan dilakukan bersama.

Seronok. Neo suka buat lawak. Neo juga sanggup menghantar Ain pulang ke rumah walaupun berjalan kaki..

Ain tidak tahu bahawa Neo memang ada hati padanya.. zaman sekolah menengah adalah yang paling menyeronokkan.!

Tapi kini Neo bakal bergelar seorang suami tidak lama lagi..

11/6/2011 adalah tarikh keramat baginya. Dengan pilihan hati yang telah mengubah kehidupannya sebagai seorang muslim, hamba Allah yang sejati..

Dibawah adalah coretan serba sedikit tentang perkenalan diantara Neo dan bakal permaisuri beliau....

pada mulanye aku kenal dgn dia masa anak kawan ayah aku nk cari keje kat giant ,dan masa tu anak kawan ayah aku tu ada la bawak kawan dia gi interview sekali ,x tau la knpe aty aku masa tu berdegup kencang bila kawan dia pandang kat aku dan aku lak rasa segan nk pandang wajah dia ,dn masa tu yg aku tau aku kena support dia orng dapat keje.....

sehari selepas dia orng dapat keje ,yg anak kawan ayah aku tu bz lak dgn keje dia dn kawan dia tu lak kesunyian dan makan sorang2 kat foodcourt aku pun bersapa la dgn dia " Hai ape khabar ,makan sorang2 aje ker ,mana kawan kamu....dia pun mengeleng kepala sbb masa tu sbnrnye dia tngh makan...aku pun mula bergurau dgn dia..agak2 hampir setiap hari la aku temankn dia waktu rehat tu...biarpun lepas keje pun aku sanggup temankn dia ,dn tunggu sampai dia habis keje ,teman dia balik umah sewa dia kat taman cempaka dulu ,masa tu aku x de kereta mahupun motorsikal...lepas keje je kalau dia shift petang aku akn datang teman dia makan ,dan teman dia balik umah sewa dia....biar penat mcm mana sekalipun aty aku masa tu ,aku cuma pikir dia aje sbb bg aku dia la semangat aku.....tiap hari aku jalan kaki dari rumah aku atas sbb nk jg keselamatan dia dn nk pastikn dia dh makan je....

Bertuah la badan jika dapat memiliki lelaki sebaik Neo Min Yoong... doa dari k.a.m.i agar Neo dan pasangnya hidup bahagia hingga ke anak cucu.. Amin~


k.a.m.i

Wednesday, May 4, 2011

May is cOminG...

May dah datang pun.... bulan neyh xthula ape cer...

Mungkin best mungkin xbest....

Pening pale pikir..

Nak g holiday lambat lagi.. sedey ar..camni..

Huwaaaa.... tpi xper..hidup kene enjoy..!!

Dalam perancangan bulan May neyh.. nak g....

SHOPPING..!!!!


Mestila dengan yang tercinta pujaan hati..hehehehhe...

I miss you..lalala~

Cant wait that day.

What day??

Tunggguuuuuuu................

Monday, April 25, 2011

sEjeNak...

Perjalananku dari lokasi serbuan ke markas hanya ditemani oleh siaran radio yang tiada siaran. Tiada kedengaran muzik dan lagu yang berkumandang..hanyalah siaran yang tiada siaran. Lalu diperlahankan volumenya sedikit agar tidak sakit telinga yang mendengarnya.

Kepalaku yang ligat berfikir tiba2 terpandang sebuah van yang membawa jenazah berada betul2 dihadapanku...

Allahuakhbar...hatiku berdetik.

Kelihatan jenazahnya berselimut putih dan ditutupi dengan beberapa helai sejadah diatasnya..

Allahuakhbar...

Seorang lagi hamba Allah kembali bertemu dengan Penciptanya... DIAlah yang memberi manusia itu nyawa dan dapat bernafas dimuka bumi ini.. kini kembali ke tempat yang asal..

Sejenak ku berfikir.. aku yang bernyawa ini juga akan merasai di tempat itu nanti.. takut..seram..tiba2 menyelubungi diriku..

Allahuakhbar...

Agak2 bagaimanakah keadaan si mati itu apabila ditanam sebentar lagi?? Bagaimana rasanya nyawa dicabut? Ustazahku pernah bercerita..bahawa Nabi pun berasa amat sakit ketika nyawa Beliau sedang ditarik dengan perlahan..Nabi pun sakit amat?? Inikan pula aku..!!! Allah..Allah..Allah... ampunkan dosa2ku...

Van jenazah tadi telahpun hilang dari pandangan mataku.. terus memasuki ke tanah perkuburan.. Assalammualaikum..ucapku perlahan.

Akhirnya aku sampai di markas dengan berjuta2 persoalan dan sedikit keinsafan..

k.a.m.i

Wednesday, April 20, 2011

kEsaN asAp RoKok

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

k.a.m.i

kEsan aSap RokoK kEpadA iSterI dan AnAk

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-

1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
3. Lebih terdedah kepada kanser
4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
5. Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-

1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
5. Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok


Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

k.a.m.i