Thursday, April 21, 2016

caT nYaUU..nyAuU cat.! 28.03.2016

28.03.2016 hari aq keluar rumah dengan kawan2 selepas sekian lama menjadi house wife..~
Destinasi  hari tu adalah ke Johan & His Cats Studio.
Kebetulan haritu pulak aq ada temu janji dengan pakar..so pagi2 lagi aq dah siap nak ke HPJ dulu lepas tu baru ke Setia Alam.



Mandikan Adam..siapkan barang2 dia nak bawak pegi… Shafi subuh2 lagi aq dah hantar ke rumah pengasuh.





Sepanjang perjalanan ke HPJ Adam tido dalam keter… kira lega la sikit xder orang ganggu kita nak drive. Tapi bila sampai kat HPJ tu…. Lain pulak jadinya.

Berlari sana..berlari sini..menjerit2… budak kan…bukan dia tahu ape pun..
Aq sampai HPJ dalam pukul 9.00pagi.. berjam-jam tunggu kat situ.~ letih. Penat.
Pukul 1.30petang baru giliran aq di panggil. Jumpa dokter xsampai 15minit pun.!!!!
Malapetaka apokah????






Aq mintak mc. Jangan buat giler xnak bagi aq mc pulak..dari pukul berapa sampai pukul berapa saya tunggu awak??!! Kebenaran 4jam pun dah terlebih lebih 4jam dah neyh.!
Akhirnya aq dapat mc.. and terus call geng bagitahu otw balik dah ni…







Sesat2 dibuatnya nak caik jalan punya pasal..
Akhirnya sampai gak kat studio tu..~

Xtahulah bila lagi nak dapat mcam ni.. penat & seronok.! Sekurang2nya terubat gak rindu ku kat jiggerbuzz2… 
(sedih…rasa menyesal pun ada gak sbb ikutkan sgt cakap diorang..) tapi xperlah..its for the best..lagipun masa tu Adam baru lahir sgt..~
Oklah.. ada masa akan ku nulis2 lagi.


xoxoxo

Monday, April 18, 2016

afy mOngOkzZ - 18.04.2016

Oklah…saje nak citer sikit pasal AFY kaler biru ke’purple’an ni sikit.. saje nak share apa yang aq alami pada setiap hari isnin-jumaat dan juga pada waktu yang sama. Yang hanya membezakan adalah ‘minit’ sahaja.

Aq seorang pekerja yang waktu bekerjanya adalah WP1. So..7.30pagi hingga 4.30ptg adalah waktu aq bekerja.
Macam biasa aq akan balik 4.30ptg.. Cuma kadang-kadang tu akan terlewat sikit dalam 5-10minit..

Laluan untuk aq balik pun adalah jalan yang sama..(suami ajar ikut situ..)huhuhuhuhu  maka disinilah aq akan bertembung dengan si AFY.. sebuah kereta bernombor pendaftaran AFY..nombor apa x ingat la pulak..(nasib baik kau aq xingat, kalau x viral 1 dunia.!) kereta jenis proton saga kaler biru cair tu sikit.. nak kata purple pun x.. pemandunya adalah seorang makcik. Bagi aq pangkat mak mak orangnya..



Hari2 setiap kali balik keje aq mesti jemmm dgn AFY neyh tadi. Cara dia bawak keter dahla macam dia sorang aje yang nak cepat sampai rumah. Bawak selaju2nya..pastu sesuka hati potong keter lain sewenang wenangnya mencelah celah masuk himpit kereta orang. Eiiiiiii….sakit betul hati aq dengan AFY neyh lah.!!

Pastu aq suka betul bila dapat potong dia, aq gelak sorang2 dalam keter. Ahahhahaha…AFY..AFY..padan muka kau. Memang kalau sesape tgok cara dia bawak keter memang spisis kurang ajar. Cuz dia ajelah dalam dunia ni yang nak cepat sampai.!!

Adohaiii..AFY…AFY..
Bila time balik aq akan tengok cermin blakang..cek, kot2 AFY ada kat blakang. Kalau xade…’hahahahhaha..bye AFY…bye….”
Ni jap lagi nak 4.30ptg, tgoklah si AFY mencanak canak bawak keter.. hurm..aq xtahula AFY keje kat jabatan mana..cuz dia akan keluar selepas dari Wisma Tani.. nasib bukan 1 jabatan.!

Nanti kalau ada peluang aq snap gambor si AFY.!
Oklah..nak siap2 nak balik dah ni…(nak ngadap AFY sampai la kat simpang nak ke bkt.changgang..!)


xoxoxo


Wednesday, April 6, 2016

'taIk laLat' YanG lEpaS.. 7.4.2016

Ketuat kaki.. pernah kena x korang?? Mula2 dia macam taik lalat tau.. tapi bila tekan rasa cam keras.. bila dipicit xnak keluar pulak. So aq pun abaikan, dalam hati ‘taik lalat spesis baru kot…’
Aq mmg xtahu aq kena ketuat sbb xpernah tgok. Entah planet mana aq lahir pun entahla…huhuhu
So dengan confidentnya ‘taik lalat neyh…’
Aq mula notice ‘taik lalat’ aq tu masa kat wad nak bersalinkan si Adam..

So..selang beberapa bulan aq terpandang tapak kaki tu balik..
‘eh,apsal pulak taik lalat neyh makin besar??’
Hati aq mula xsedap pulak dah.bila aq tahu ‘taik lalat’ neyh makin besar pulak..keras pulak tu..!!!

So aq mengetipnya dengan nail clipper.. huishhh.. xnak hilanglah benda hitam neyh.. makin dalam pulak ‘taik lalat’ neyh..~
Berdarah la kaki aq masa tu.. so..aq pun ignored it once again..

Pastu aq pun pregnant lagi..hehehehe.. dah selamat bersalin..masa tu aq berpantang kat umah ayah.. ibu aq perasan kat tapak kaki aq ada bintik hitam..
Ibu aq tanya xsakit ke?? Aq pun jawabla..xsakit pun..(sebab masa tu mmg xganggu aq nak jalan pun..)
Pastu ibu aq cakap ‘nanti sakit sok nak jalan..’ aq pun diam jela.. dalam hati..’yeke sakit nak jalan nanti???’



Bila badan aq dah bertenaga..baby dah stabil.. aq pun capai nail clipper. Dalam hati nekad dah neyh, ‘taik lalat’ neyh got to go.! Xkira darah banyak ke..sakit ke… so aq pun mengoperate tapak kaki aq.. sampai la aq kat dasar ‘taik lalat’ tu..

Rasanya kasar..pastu keluar cam duri2 tajam bila aq tekan..!! hitam2 durinya itu..
‘Ya Allah…apo bondo eh neyh kek kaki den neyh woiiii…!!’


Aq try ketip, xnak gak hilang or tercabut duri2 tajam tu~ lastnya kaki sakit berdarah.. start dari haritu aq dah mula sakit bila nak berjalan, rasa xselesa laa… bila kita jalan rasa macam kita pijak batu kecik2 tuu..~ rimas, sakit.!!

So..aq pun decide untuk google dengan harapan jumpalah apa masalah kaki aq neyh… dan baru aq tahu..ketuat rupanya..bhahahahha..

Cure dia aq pakai Duo Film..aq beli kat Guardian Pharmacy masa tu.. aq pun sapu..sejuk.! tapi bau dia aq xboleh tahan..chemical.
Kulit kat ‘taik lalat’ aq tu pun makin tanggal..lapisan demi lapisan..sehinggalah ke dasar ‘taik lalat’ tu.!! Berlubang tapak kaki aq di keje kannya..!! aq sapu lagi duo film tu.
Aq cocoh cocoh dgn cotton bud,mmg berlubang aq kejekan. Dek xtahan geram..aq pun tekan ‘taik lalat’ aq tu..aq ketip dgn nail clipper..aq tarikkkk..!!

Uuuuuuu…sakitnya sikitla..akhirnya tercabut gak ‘taik lalat’ neyh..!! dengan duri2 nya sekali tercabut.!! Husband aq kata..kalau nak buang kena buang dengan akarnya sekali..
Hurmm..mungkin yang duri2 tu akar yang husband aq maksudkan kot..
Yang penting aq Berjaya mencabutnya sehingga ke akar dengan bantuan duo film.!! Lusanya kaki aq dah kembali virgin.!!
Hahahaha…rindu kaki aq masa aq single dulu..sekarang dah kembali..~
Entah mcam mana pulak ‘taik lalat’ boleh naik kan?? Pelik.
So..inilah pengalaman aq kena ‘taik lalat’ or ketuat kat tapak kaki…


xoxoxo