Monday, April 25, 2011

sEjeNak...

Perjalananku dari lokasi serbuan ke markas hanya ditemani oleh siaran radio yang tiada siaran. Tiada kedengaran muzik dan lagu yang berkumandang..hanyalah siaran yang tiada siaran. Lalu diperlahankan volumenya sedikit agar tidak sakit telinga yang mendengarnya.

Kepalaku yang ligat berfikir tiba2 terpandang sebuah van yang membawa jenazah berada betul2 dihadapanku...

Allahuakhbar...hatiku berdetik.

Kelihatan jenazahnya berselimut putih dan ditutupi dengan beberapa helai sejadah diatasnya..

Allahuakhbar...

Seorang lagi hamba Allah kembali bertemu dengan Penciptanya... DIAlah yang memberi manusia itu nyawa dan dapat bernafas dimuka bumi ini.. kini kembali ke tempat yang asal..

Sejenak ku berfikir.. aku yang bernyawa ini juga akan merasai di tempat itu nanti.. takut..seram..tiba2 menyelubungi diriku..

Allahuakhbar...

Agak2 bagaimanakah keadaan si mati itu apabila ditanam sebentar lagi?? Bagaimana rasanya nyawa dicabut? Ustazahku pernah bercerita..bahawa Nabi pun berasa amat sakit ketika nyawa Beliau sedang ditarik dengan perlahan..Nabi pun sakit amat?? Inikan pula aku..!!! Allah..Allah..Allah... ampunkan dosa2ku...

Van jenazah tadi telahpun hilang dari pandangan mataku.. terus memasuki ke tanah perkuburan.. Assalammualaikum..ucapku perlahan.

Akhirnya aku sampai di markas dengan berjuta2 persoalan dan sedikit keinsafan..

k.a.m.i

Wednesday, April 20, 2011

kEsaN asAp RoKok

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

k.a.m.i

kEsan aSap RokoK kEpadA iSterI dan AnAk

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-

1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
3. Lebih terdedah kepada kanser
4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
5. Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-

1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
5. Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok


Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

k.a.m.i

kaNduNgan MerBahayA dLm rOkoK

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

k.a.m.i

inTi~pati DaLam sEbaTaNg rOkoK

Dalam sebatang rokok didapati mengandungi bahan-bahan berikut:

  • Acetone (kepingan cat)
  • Tar (tar jalan raya)***
  • Naphthylamine
  • Methanol (bahan pembakar roket)
  • Nicotine (racun serangga dan hama)
  • Pyrene***
  • Naphthalena (mothballs)
  • Cadmium (bahan yang digunakan dlm bateri kereta)***
  • Carbon Monoxide (gas beracun dlm ekzos kereta)
  • Bezopyrene***
  • Vinyl Cloride (membuat pvc)***
  • Hydrogen Cyanide (racun dlm saluran gas)
  • Toluidine***
  • Ammonia (pencuci lantai)
  • Urethane***
  • Toluene (larutan industri)
  • Arsenic (racun semut putih)***
  • Nickel***
  • Phenol (ubat pembasmi dan pembunuh kuman)
  • Butane (bahan pembakar pemetik api)
  • Polonium-210***
  • DDT (racun serangga)

Bahan yang bertanda *** adalah bahan-bahan penyebab kanser Dipetik dari sebuah majalah sains dan teknologi Kepada perokok-perokok... .masihkah anda ingin merokok selepas mengetahui semua ini

K.a.m.i BENCI perokok.!

Sunday, April 10, 2011

10th ApriL 2011

With Dzul

Hari neyh bertarikh 10hb4 tahun 2011..

Aq dah plan lame dah neyh nak jumpe dgn kawan2 lame and kawan baek aq.

So pagi tu aq bangunla awal..nak iron tudung lagi.. pakai wangi2..hehehhe...

Janji tengah hari.. so pagi tu aq dgn adek aq g la family store jap..nak beli lampu bilik aq.

Tgok ade msej masuk lak..its from Anisah.. owww..dier dah sampai Seremban rupenyer..

Aq tunggu punyelah lame adek aq g beli..ishhh..!!

Sampai jer budak tu kat keter..aq pun terus dirve balik umah.

Terus aq g tukar baju, siap2 nak keluar.

Pas salam ibu and ayah aq pun mintak izin g dulu...

Sampai kat town..jalan lak jem kat simpang nak masuk kat terminal 1 tuh...warghhhh..!!

Dari jauh aq dah leh Nampak Anisah tengah duduk kat kosi tunggu aq..RINDU..!!

Sampai jer..aq kol dier. ‘wey..aq kat depan neyh..kat teksi’.

Anisah pun datang and masuk keter..

Terkejut dier tgok aq dah pakai keter..cuz dier ingat aq datang naek motor..

Yela..dulu aq pakai motor jer..skang dah pakai keter lak an.. Alhamdulillah la..rezeki aq..

Ok..skang kite nak gerak g mane lak? Umah Dre ke??

Nope. Kita g McD dulu..cuz Dzul dah tunggu.

Tak lame kemudian tibe2 henset aq bunyi lak. Ni mesti Dzul yang kol.

‘anisah tolong angkat jap. Cakap kat Dzul kite on the way.’





Anisah & Ain


Here we are..McD dataran senawang yang sentiasa full dengan orang yang eksen2.

Mak aihhh..beso nyer Dzul..terkejut aq tgok.

Hahahhaa...lame giler xjumpe..gmok la.

Aq pun terus g beratur nak order makan.

Mak aq lak pagi2 lagi dah sms aq, Tanya jadi datang ke x.. wanita itu..sungguh baik.!

Anisah lak duduk berbual dengan Dzul..seronok la tu.hehehehe...

Aq just order set McValue lunch set nugget jer..cuz aq tahu mak mesti ade wat makan2 kat umahnyer...hehehhe..rindu.!

Seronok jumpa and berborak dengan kawan2 masa sekolah dulu.

Sekarang masing2 dah ade commitment sendiri..dah keje..busy...

So susah la nak jumpa cam neyh..

Tengah syok2 borak hari nak hujan lak..adessss~

Ujan jer..bukan api pun..hahahaha..

So..Dzul gerak dulu g umah Dre..



Ma

Sampai jerk at taman Tasik Jaya..ujan lebat giler.

Kompom Dzul basah kuyup.!

Tibe2 Dzul kol..Anisah yang jawab.

Hahahha...dier tunggu kat surau. Ujan lebat giler.

Aq dengan Anisah pun drive ke umah Dre..sebenarnyer aq dah lupe jalan..heeee~

Sampai jerk at depan pintu pagar..kami disambut oleh ayah Dre..

Lama xjumpa...rindu.

Tu dia...nasik terhidang..perghhh.!! sedap.

Aq agak dah..mak mesti buat something kalo aq nak datang umah.

Aq salam dier..dah bertahun2 xjumpa. Rindu sangat.

Kami pun makan sambil berbual2...seronok.!

Kalau boleh nak ajer aq berhentikan jam pada saat itu.

Kenyang..xlarat lagi dah nak makan....

Tibe2 mak bawak keluar pulak kek aiskem..pizza lagi..buah lagiii...

Huwaaaaa.....best and kenyang giler...!!

Mane aq nak sumbat neyh...hu3.

Makan nyer makan...sampai la xlarat nak bangun.


My baby boy??

Tengok jam dah nak pukul 3petang...

So kami pun mintak diri nak beransur dulu.. nanti bila senang kami datang lagi..

Huwaaa...sedihla nak berpisah..

Aq pun terus hantar Anisah balik kat umah dier dulu..nak amek apo tah..

Pas dah siap..aq trus hantar kat Terminal 1..

Berpisahla kami lagi sekali..sedey gak..huuu...

Pape pun hari neyh besttt..!!

Sehingga berjumpa lagi... wassalam...


Thursday, April 7, 2011

Help Animals & Have Fun @ PetFinder.my's 3rd Anniversary Charity Fair

Calling out to all animal lovers - Join PetFinder.my and leading animal welfare NGOs at Sunway Pyramid on April 23 & 24, 12pm - 8pm!

In conjunction with PetFinder.my's 3rd anniversary, they will be organizing a fund raising and awareness event, with the participation of SPCA Selangor, PAWS, HOPE, Save A Stray, Malaysian Dogs Deserve Better, Paws Mission and AnimalCare. Exclusive art & craft merchandise for charity sale include personalized mugs, cushions, t-shirts, engraved pet tags, animal mousepads, magic keychains and art pieces. Exciting activities and contests will be held throughout the day, with alluring prizes and giveaways.

To kick-start the event, PetFinder.my and HeartBeat.my have partnered to introduce a month-long online donation drive, where 50% of their sales from PetFinder.my members will be donated to this charity fair. So, if you are unable to attend the event, you can still conveniently contribute at the comfort of your home!

Don't miss out on the opportunity to have fun and help the homelesss animals. For more information, please visit http://www.PetFinder.my/

Saturday, April 2, 2011

inSide a Human sPerms...

kami just find out about a normal human sperms and it’s an interesting info.

Ramai yang tidak tahu pasal neyh.. huhuhu..

So bacalah and gain some knowledge from it.

It is a Science after all...

Air mani adalah sejenis cecair ajaib yang merupakan hasil penat lelah lelaki selepas masturbasi. Penghasilan air mani menandakan bermulanya akil baligh pada budak lelaki, ketika badan mula menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yg mendadak - terutamanya di organ seksual. Ejakulasi (orgasme yang diikuti dgn pancutan air mani)biasanya bermula seawal umur 12 ke 13 tahun. Apakah yg terkandung di dalam cecair putih yg kita panggil air mani ini?

Sebahagian daripada kita mentafsirkan air mani mengandungi sperma sahaja, anda salah... sperma hanya mewakili 10% daripada hasil ejakulasi kita. 10% itu mewakili 200 juta hingga500 juta sel sperma (mgkin lebih tinggi pada lelaki yg lebih muda) yang terhasil daripada produksi matang hormon androgen seperti testosteron, yg akan menambahkan pertumbuhan bulu badan dan penggarauan suara. Hanya satu sel sperma ini sudah cukup utk bersenyawa dgn sebiji telur dan menghasilkan bayi.

Selebih 90% merujuk kepada plasma seminal. (Plasma ialah cecair yang membawa pepejal terampai, sama seperti darah membawa sel darah dan semen membawa sperma). Komposisi plasma seminal bergantung kepada individu. Ia mengandungi sehingga 30 bahan, sebahagiannya dihasilkan oleh bahagian2 berlainan dalam badan dan sebahagian lagi ialah hasil sampingan daripada fungsi badan. Ini termasuklah:

• asid askorbik (vitamin C)

• antigen kumpulan darah (sistem immune)

• kalsium (mineral)

• klorin (agen pengoksidaan)

• kolestrol

• choline (sebahagian drpd vitamin B complex)

• asid sitrik

• kreatin

• deoxyribonucleic acid (DNA)

• fruktosa

• glutathione (peptide amino acid)

• hyaluronidase (enzyme)

• inositol

• asid laktik

• magnesium (mineral)

• nitrogen

• phosporus

• potassium

• purine

• pyrimidine

• pyruvic acid

• sodium

• sorbitol

• spermidine

• spermine

• urea

• uric acid

• vitamin B12

• zinc

Jumlah penghasilan bahan di atas mungkin banyak atau sedikit bergantung kepada beberapa faktor. Contohnya, jumlah asid laktik mungkin meningkat banyak selepas bersenam, kerana ia merupakan hasil sampingan daripada aktiviti muskular. (Asid laktik ialah penyebab kepada kepenatan pada otot ketika bersenam). Makanan juga akan mempengaruhi komposisi kimia dan rasa air mani. Namun begitu, HIV tidak terkandung dalam spermatozoa, tetapi pada plasma seminal.

Plasma seminal ialah sebahagiannya terdiri daripada cecair kaya fruktosa - terhasil oleh vesikel seminal yang menyediakan makanan buat sel sperma. Vesikel seminal juga menghasilkan prostaglandins, asid lemak tak tepu untuk tindakan hormonal. Kantung prostat menghasilkan cecair yg cair, bersusu dan beralkali yg membolehkan sperma hidup apabila terdedah pada kawasan berasid pada dinding **** dan uterus. Kantung buborethral berbentuk kacang pis (kantung Cowper) pada dasar zakar menghasilkan cecair yg diberi nama "air mazi" atau "pre-cum". Air ini berperanan utk melincirkan uretra (tiub yang terdapat dalam zakar) supaya air mani dapat mengalir dgn lebih lancar - namun begitu sebahagian lelaki tidak dapat menghasilkan cecair ini dalam kuantiti yg banyak.

Kuantiti air mani sebenar berbeza mengikut individu dan mungkin berbeza dalam individu yg sama pada masa tertentu dalam hidupnya. Genetik memainkan peranan penting dalam menentukan berapa banyak anda dapat pancut. Kebanyakan lelaki berejakulasi sebanyak lebih kurang sesudu air mani. Sesetengah ubat boleh mempengaruhi air mani yg terhasil. Anda boleh rasakan yang lebih lama masa yg anda ambil antara orgasm, maka lebih banyak air mani yg anda hasilkan. Anda mungkin dapat melihat yg sekiranya anda melancap lebih sekali sehari, maka pada kali yg kedua, ketiga dan seterusnya pada hari tersebut, anda akan dapat kurang air mani. Oleh itu, tunggulah satu malam dan perhatikan berapa banyak air mani yg anda hasilkan. "Foreplay" - sentuhan diri anda dgn cara yg istimewa pada tempat yg istimewa, kadang2 akan merangsang badan anda utk menghasilkan lebih air mani, kerana kantung reproduktif badan anda (seperti prostat) bekerja lebih keras ketika anda terangsang.

Air mani daripada lelaki yang matang biasanya bersusu atau berwarna putih. Adalah tidak normal utk melihat permukaan kuning pada air mani setelah anda berejakulasi. Air mani dengan coretan merah menunjukkan kehadiran darah. Sekiranya anda sering terlihat darah, tidak perlulah utk rasa panik, tetapi sekiranya ia dalam kuantiti yg banyak, anda harus berjumpa doktor. Perubahan warna yg drastik menandakan kehadiran penyakit dalam badan anda.

k.a.m.i

sEx in jUst 30 miNutEs??

1. Ada yang mungkin menjawab sejam, setengah jam atau mungkin juga 15 minit. Sememangnya jawapan sebegini sudah dijangkakan. Tempoh masa melakukan hubungan seks suami isteri sememangnya berbeza. Sebenarnya berapa lamakah tempoh waktu untuk melakukan hubungan seks?


Cukupkah 1 jam , 2 jam, 3 jam , setengah jam atau kurang?

2. Jika tempoh masa ideal melakukan hubungan seks 1 jam atau lebih pastinya ramai yang tidak sanggup. Kepenatan bekerja, menguruskan rumah tangga, tentu membuatkan ramai yang tak rela menyerah diri kepada pasangan . Apatah lagi zaman sekarang bukan lagi suami yang bekerja, bahkan isteri pun sama-sama bekerja bagi meringankan bebanan ekonomi keluarga.

Asal Masing-Masing Puas

3. Menurut kajian yang dilakukan oleh pusat kesihatan di Amerika Syarikat, rata-rata pasangan suami isteri melakukan hubungan seksual sekitar tempoh setengah jam. Tempoh setengah jam atau kurang dari itu , dikatakan sudah cukup memadai dan ideal untuk melakukan hubungan seksual. Kajian ini juga disokong oleh pendapat pakar seksologi yang menyatakan bahawa , hubungan seks sebenarnya tidak memerlukan waktu yang lama. Paling penting ialah kualiti hubungan seks dan bukannya kuantiti masa yang lama.

4. Bagaimanapun masih ramai yang tidak percaya bahawa hubungan seks itu masih boleh dinikmati dalam masa 30 minit. Hubungan sesingkat itu dikatakan tidak boleh memberikan kepuasan kepada pasangan dan dianggap sebagai seks yang tidak sihat. Ia sekadar hanya untuk melaksanakan kewajipan dan tidak lebih dari itu.

5. Sebenarnya berlaku kekeliruan disini. Hubungan seks yang dilakukan kurang dari setengah jam sudah cukup untuk membuatkan isteri / pasangan berasa puas. Sekiranya kepuasan seksual tidak mampu diraih dalam waktu kurang dari setengah jam, ia menandakan bahawa baik suami atau isteri menghadapi masalah dalam menikmati seks.

6. Rangsangan yang mencukupi buat pasangan membolehkan seseorang itu mendapat kepuasan seks dalam masa yang singkat. kecuali jika suami ataupun isteri mempunyai masalahdingin seks, mati pucuk dan masalah seksual yang lain.

7. Bagi setiap hubungan seks yang dilakukan, pasangan suami isteri sudah mampu mencapai kepuasannya dalam masa kurang 30 minit . Wanita atau isteri pula harus mendapat orgasmadalam masa kurang 30 minit. Jika tidak maka ada sesuatu yang tidak kena pada diri atau hubungan seksual yang dilakukan.. untuk itu raihlah orgasma anda dalam waktu kurang dari 30 minit.

Ereksi Pagi Tanda Suami Sihat

8. Sebahagian besar lelaki akan mengalami ereksi di pagi hari meskipun tidak dirangsang oleh isteri. Jangan menganggap ada yang tidak kena, dan jangan risaukan perkara tersebut. Itu menunjukkan suami anda sihat. Pakar mengungkap bahawa ereksi dipagi hari merupakan petanda bahawa hormon seks iaitu testosteron yang dikeluarkan dimalam hari masih tersisa dipagi hari. Bersyukurlah suami anda masih mempunyai hormon ini.

9. Ini kerana hormon inilah yang membuatkan golongan lelaki ghairah secara seksual. Jika hormonj ini kurang, ghairah juga secara automatik akan menurun, kemampuan ereksi pun surut dan suami juga mungkin tidak mencapai tahap kesihatan yang optimum. Kekurangan hormon tersebut disebut hipogonadis. Selain ghairah seks akan menurun, kualiti hidup juga akan berkurangan secara keseluruhan. Disamping penyakit yang banyak mendekati diri suami.

k.a.m.i