13. AL-MUSAWWIR - Yang Maha Pembentuk
33. AL- ‘AZIM - Yang Maha Agung
Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati.
34. AL-GHAFUR - Yang Maha Pengampun
Sesiapa dihidapi penyakit kepala, demam atau dukacita, sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan sembuh.
35. ASY-SYAKUR - Yang Maha Bersyukur
Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali, diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi air dan membasuh mukanya, insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega.
36. AL-’ALIY - Yang Maha Tertinggi serta Mulia
Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH keyakinannya akan teguh.
37. AL-KABIR - Yang Maha Besar
Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari, insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan
38. AL-HAFIZ - Yang Maha Memelihara
Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.
39. AL-MUQIT - Yang Maha Menjaga
Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan, hendaklah menyebut nama-Nya.
40. AL-HASIB - Yang Maha Penghitung
Apabila seseorang takut dirompak, maupun akibat dengki musuhnya, mulakan menyebut atau membaca nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam. Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib. InsyaALLAH ia akan selamat.
41. AL-JALIL - Yang Maha Besar seta Mulia
Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit, kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar, insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia.
42. AL-KARIM - Yang Maha Pemurah
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.
43. AR-RAQIB - Yang Maha Waspada
Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini.
44. AL-MUJIB - Yang Maha Pengkabul
Sesiapa memohon kepadaNya, insyaALLAH niatnya akan dikabulkan.
45. AL-WASI’ - Yang Maha Luas
Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian, sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik.
46. AL-HAKIM - Yang Maha Bijaksana
Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus(dari masa ke masa), insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya.
47. AL-WADUD - Yang Maha Penyayang
Andainya dua orang bergaduh, sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makananyang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu, insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai.
48. AL-MAJID - Yang Maha Mulia
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menerima kebahagiaan
49. AL-BA’ITH - Yang Maha Membangkit Semula
Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH.
50. ASY-SYAHID - Yang Maha Menyaksi
Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu, insyaALLAH anak ituakan menurut perintah.
51. AL-HAQQ - Yang Maha Benar
Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang.
52. AL-WAKIL - Yang Maha Pentadbir
Sesiapa yang takutkan mati lemas, hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan, dari masa kesemasa, insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH.
53. AL-QAWIY - Yang Maha Kuat
Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya, tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan, insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya.
54. AL-MATIN - Yang Maha Teguh
Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya, insyaALLAH kesusahannya akan lenyap.
55. AL-WALIY - Yang Maha Melindungi
Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah.
56. AL-HAMID - Yang Maha Terpuji
Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan disayangi dan dipuji.
57. AL-MUHSI - Yang Maha Penghitung
Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan, dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali, insyaALLAH akan mempunyai kemudahan.
58. AL-MUBDI - Yang Maha Pencitpa dari Asal
Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran, insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya.
59. AL-MU’ID - Memulihkan
Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya, insyaALLAH orangitu akan pulang dengan selamat.
60. AL-MUHYI - Yang Maha Menghidupkan
Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari, insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan.
61. AL-MIMUT - Yang Mematikan
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya.
62. AL-HAYY - Yang Sentiasa Hidup
Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang.
63. AL-QAYYUM - Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian.
64. AL-WAJID - Yang Maha Penemu
Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati.
65. AL-MAJID - Yang Maha Mulia
Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan diterangkan hatinya.
66. AL-WAHID - Yang Maha Esa
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi, insyaALLAH akan bebas daripadaketakutan serta kebingunan.
67. AL-AHAD - Yang Tunggal
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.
68. AS-SAMAD - Yang Menjadi Tumpuan
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain.
69. AL-QADIR - Yang Maha Berkuasa
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH harus sedar akan kebenaran.
70. AL-MUQTADIR - Yang Maha Berkuasa
Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH ia menyedari kebenarannya.
71. AL-MUQADDIM - Yang Maha Menyegera
Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling, insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya.
72. AL-MU’AKHKHIR - Yang Maha Penagguh
Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari, insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal. Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya
73. AL-AWWAL - Yang Pertama
Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan, ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat.
74. AL-AKHIR - Yang Akhir
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.
75. AZ-ZAHIR - Yang Zahir
Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat, insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya.
76. AL-BATIN - Yang Batin
Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari, insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya.
77. AL-WALI - Yang Wali / Yang Memerintah
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya, insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara.
78. AL-MUTA’ALI - Yang Maha Tinggi serta Mulia
Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan, cara atau keadaan, bahkan fikiran seorang manusia. Ianya adalah yang paling tinggi.
79. AL-BARR - Yang Banyak Membuat Kebajikan
Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan.
80. AT-TAWWAB - Yang Menerima Taubat
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH taubatnya akan diterima.
81. AL-MUNTAQIM - Yang Menghukum(mereka yang bersalah)
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya.
82. AL-’AFUW - Yang Maha Pengampun
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan.
83. AR-RA’UF - Yang Maha Pengasih serta Penyayang
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dikasihi Allah.
84. MALIK-UL-MULK - Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati Allah.
85. IKRAM - Kemuliaan
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan
86. AL-MUQSIT - Yang Maha Saksama
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan
87. AL-JAMI’ - Yang Maha Pengumpul
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang
88. AL-GHANIY - Yang Maha Kaya serta Serta Lengkap
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki.
89. AL-MUGHNI - Memakmurkan
Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat, insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun.
90. AL-MANI’ - Yang Maha Pencegah
Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia.
92. AN-NAFI’ - Yang Memberi Manfaat
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari, insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya.
93. AL-NUR - Yang Bercahaya
Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH hatinya akan lebih terang
94. AL-HADI - Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan rohani.
95. AL-BADI' - BandinganNya
Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang, insyaALLAH kesusahannya akan hilang. (Ya ,ALLAH ,Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini).
96. AL-BAQI - Yang Maha Kekal
Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit, insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan.
97. AL-WARITH - Yang Maha Mewarisi
Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan hidup lama.
98. AR-RASYID - Yang Memimpin (Ke Arah Kebenaran)
Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya, insyaALLAH kesusahannya akan hilang.
99. AS-SABUR - Yang Maha Penyabar
Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali, insyaALLAH ia akan terselamat
So..hrp boleh follow. 99 Nama yang menciptakan k.a.m.i, anda dan sekalian makhluk dimuka bumi neyh. Hari2 bacer..insyaAllah..anda akn d'tmptkan didlm golongan org yg baek2..amin..